Jabatan Mufti Negeri Sarawak (JMNS) semalam secara rasminya mengumumkan memakan ulat sagu (mulong) serta mengambil bahagian dalam acara ritual ‘miring’ dan kaul adalah haram dan dilarang dalam Islam.
Oleh yang demikian, Mufti Negeri Datuk Kipli Yassin menasihatkan agar umat Islam mengetahui perkara berkaitan keputusan fatwa itu dan tidak lagi terkeliru pada masa hadapan.
“Bagi umat Islam, mereka tidak boleh menjalankan upacara ‘miring’ atau mengikut ritual semasa Pesta Kaul kerana ia ada melibatkan kepercayaan yang bertentangan dengan ajaran Islam dan hukum syarak.
“Maksudnya di sini, orang bukan Islam tetap boleh meneruskan upacara tersebut tetapi orang Islam tidak sepatutnya melibatkan diri,” katanya kepada pemberita semalam.
Tambahnya, tiada masalah untuk umat Islam menghadiri upacara berkenaan tetapi untuk menjalankan upacara pemujaan, itulah yang menjadi masalah.
“Dalam Islam, kita tidak boleh memuja hantu dan melakukan sebarang pemujaan,” tegasnya.
Menyentuh mengenai ulat mulong, jelasnya, keputusan fatwa bagi melarang umat Islam memakannya telah lama dibuat.
“Apabila kita berpegang kepada hukum dan membuat kajian, ia telah ditetapkan sebagai jenis ulat dan dalam hukum fiqah, semua ulat tidak boleh dimakan kerana dianggap sebagai suatu yang jijik dalam Islam.
“Namun, ingin ditegaskan bahawa kita bukan menghalang masyarakat bukan Islam untuk memakannya dan kita tidak mengganggu budaya mereka. Kita ada hukum agama masing-masing dan itu yang perlu diambil perhatian,” jelasnya.
Namun begitu, berbeza dengan ulat mulong, kejumah (temilok) boleh dimakan, jelasnya.
“Satu lagi ramai yang masyarakat tidak tahu ialah keputusan fatwa membenarkan temilok dimakan oleh orang Islam kerana kita telah mengkaji ia bukan hidupan dua alam.
“Salah satu syarat makanan haram ialah kita tidak boleh memakan binatang dua alam dan ia tiada najis dan sebagainya. Hukumnya ‘harus’ dimakan,” tambah Kipli. -- Utusan Borneo
Utusan Borneo
Thu Feb 05 2015
Ulat Mulong atau turut dikenali sebagai ulat sagu haram dimakan menurut Mufti Sarawak - Gambar Fail
Allahyarham Tun Hanif Omar legenda PDRM - Razarudin
Tan Sri Razarudin Hussein menyifatkan Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sebagai legenda besar dalam bidang kepolisan negara.
Tun Hanif Omar dikebumi di Makam Pahlawan
Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negara terlebih dahulu.
'Ayah letak tugas, kerjaya nombor satu' - Anak Tun Hanif
Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar meletakkan kerjaya yang melibatkan keselamatan rakyat serta negara sebagai perkara paling utama ketika hayatnya.
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Orang Islam haram makan ulat mulong, fatwa Mufti Sarawak
Jabatan Mufti Negeri Sarawak (JMNS) semalam secara rasminya mengumumkan memakan ulat sagu (mulong) serta mengambil bahagian dalam acara ritual miring dan kaul adalah haram dan dilarang dalam Islam.