awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perak bimbang Musyawarah Nasional tidak berjaya
PM Anwar ucap tahniah kepada BN atas kemenangan PRK Kinabatangan, Lamag
Nouri al‑Maliki dicalonkan semula sebagai Perdana Menteri Iraq
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Orang Kelantan perlu belajar makan beras tempatan - Timbalan MB

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
02/04/2020
00:44 MYT
Orang Kelantan perlu belajar makan beras tempatan - Timbalan MB
Mohd Amar berkata, rakyat Kelantan harus belajar menyesuaikan diri dengan keadaan semasa yang menyaksikan beras dari seberang sempadan semakin sukar diperolehi. - Gambar fail
Kerajaan Kelantan memohon rakyatnya menukar selera ke beras tempatan dan mengakui tidak mampu untuk memenuhi kehendak rakyatnya yang mendambakan beras dari Thailand sebagai makanan ruji harian.
Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, rakyat Kelantan harus belajar menyesuaikan diri dengan keadaan semasa yang menyaksikan beras dari seberang sempadan semakin sukar diperolehi.
"Kerajaan Thailand pun sudah menutup sempadannya, jadi isu nak makan beras Thai ini itu di luar kemampuan kerajaan (negeri).
"Tetapi, saya rasa elok sesuaikan diri kita dengan suasana. Kena belajarlah. Dalam keadaan begini, nak buat macamana, itu masalah orang menjual, bukan kerajaan," tegasnya.
Tinjauan Astro AWANI baru-baru ini mendapati harga beras seludup dari Thailand sudah mencecah sehingga RM48 untuk setiap pek 10 kilogram, naik RM16 daripada biasa.
Peniaga juga mengakui bekalan beras seludup dari seberang ini tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan rakyat Kelantan.
Topic Berkaitan
#Astro
#Astro Awani
#COVID-19
#kerajaan
#menteri
#Menteri Besar
#Mohd Amar Nik Abdullah
#peniaga
#rakyat
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan