Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan kekecewaannya terhadap sikap orang Melayu yang masih menganggap diri mereka tuan di negara ini walaupun hakikatnya mereka tidak mahu memperbaik nasib mereka sendiri.
Dalam catatan terbaharunya di blog peribadi beliau, chedet.cc, Dr Mahathir berkata kaum Melayu sepatutnya sudah belajar daripada sejarah bagaimana generasi mereka terdahulu tidak mengambil peluang meningkatkan taraf ekonomi sewaktu pemerintahan British.
Namun, beliau berkata, orang Melayu masih enggan bekerja, sebaliknya membiarkan peluang itu direbut kaum lain di negara ini, termasuk tujuh juta orang asing yang masih berada di sini.
“Sepatutnya orang Melayu sedar terhadap apa yang berlaku kepada mereka. Malangnya mereka tidak sedar.
"Sehingga sekarang pun orang Melayu masih tidak sedar. Mereka masih enggan bekerja. Orang Melayu masih rela serah segala kerja kepada orang asing. Dan orang asing pun membanjiri Negara kita.
"Tujuh juta orang asing masih berada di sini sekarang ini. Mereka bekerja. Apakah akan terjadi kepada orang Melayu.
"Tentulah apa yang sudah jadi dahulu kepada negara dan orang Melayu, yang akan terus jadi,” tulisnya lagi.
Mengimbas kembali sejarah negara melalui pemerhatian beliau, Perdana Menteri berkata orang Melayu dahulu lebih selesa bekerja sebagai pesawah padi dan nelayan serta ada segelintir yang bekerja di dalam sektor kerajaan.
Katanya lagi, orang Cina dan India mula berkecimpung dalam bidang yang dikatakan kotor dan kasar - iaitu bekerja di ladang getah dan lombong biji timah yang dibuka kerajaan British ketika itu.
Malah, tambahnya, orang Cina juga mula menumpukan usaha meningkatkan ekonomi mereka dengan membuka perniagaan di bandar sedia ada.
“Yang tidak terdapat ialah orang Melayu yang berniaga atau bekerja sebagai buruh kasar. Orang Melayu pandang hina bidang-bidang ini.
“Oleh kerana sikap ini tidak terdapat ramai orang Melayu yang tinggal di bandar-bandar. Pada masa itu pun bandar-bandar didiri dan dipenuhi dengan kedai Cina.
"Tidak ada kedai Melayu. Ada beberapa buah kedai makan dan rempah cabai orang India,” kata Perdana Menteri.
Orang Cina, kata Dr Mahathir, biasanya berhijrah ke negara lain jika mereka nampak peluang mencari makan.
“Melihat kestabilan pemerintahan British dan peluang kerja, mereka datang dengan ramai ke negeri-negeri Melayu.
"Mereka sanggup bekerja keras. Dikenali sebagai kuli mereka sanggup buat kerja kotor, kerja berat dan berbahaya.
“Mereka sanggup menarik 'lanca', dan apa sahaja yang memberi pendapatan kepada mereka. Ramai perempuan Cina yang menjadi 'amah' di rumah pembesar Melayu, menjaga anak dan membersih rumah,” katanya lagi.
Orang Melayu pula, menurut pandangan beliau, berasa senang kerana kerja berat, kotor dan berbahaya serta perniagaan dilakukan oleh orang asing.
“Jika mereka lihat kekayaan dan kemajuan orang asing ini, mereka tidak berasa khuatir sedikit pun. Kepercayaan mereka ialah negeri mereka kekal sebagai milik mereka,” katanya lagi.
Atas sebab itu, Perdana Menteri beranggapan adalah tidak tepat untuk orang Melayu berasakan diri mereka masih ‘tuan’ di negara ini.
“Ada yang dakwa orang Melayu adalah Tuan. Tuan apa? Orang miskin, orang yang tidak ada kebolehan, orang yang bergantung kepada belas kasihan orang lain. Tuan, kah?
“Nasib kita di tangan kita. Memarahi orang lain tak akan menyelesai masalah kita. Bilangan kita dikatakan bertambah.
"Tetapi jumlah besar orang yang miskin tidak dapat bersaing dengan jumlah kecil orang yang kaya,” tulisnya mengakhiri catatan itu.
Firdaus Azil
Fri Sep 06 2019
DR MAHATHIR: Ada yang dakwa orang Melayu adalah Tuan. Tuan apa? Orang miskin, orang yang tidak ada kebolehan, orang yang bergantung kepada belas kasihan orang lain. Tuan, kah? -Gambar fail
ASEAN-BAC akan tertumpu mendorong janji niaga, transaksi, produk serantau
Asean-BAC yang akan dipengerusikan oleh Malaysia tahun depan akan tertumpu untuk menghasilkan peningkatan janji niaga.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China semasa lawatan rasmi pertama
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
PRK Kuala Kubu Baharu: Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon PN
Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
MITRA rangka pelbagai bantuan untuk pembangunan masyarakat India
Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) sedang merangka pelbagai program bantuan yang bersesuaian bagi pembangunan kaum itu.
ESSCOM laksana tugas cemerlang bendung ancaman - Kaunselor EU
Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) telah melaksanakan tugas dengan cemerlang dalam membendung pelbagai ancaman di Zon Selamat Pantai Timur Sabah (ESS ZONE).
APMM rampas minuman beralkohol, bot, enjin bernilai RM472,000
APMM Labuan merampas minuman beralkohol pelbagai jenama, sebuah bot fiber, dan tiga enjin dianggarkan bernilai lebih RM472,000 yang disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan.
Kefahaman orang ramai terhadap harta intelek masih rendah - Fuziah
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup komited meningkatkan kefahaman orang ramai yang masih rendah terhadap harta intelek, kata Timbalan Menterinya Fuziah Salleh.
MITI perkenal slogan baharu: Fokus diperbaharui pacu pelaburan, perdagangan, industri
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah memperkenalkan slogan baharu "Pemacu Potensi Global" yang mencerminkan fokusnya yang diperbaharui.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya bungkusan berisi komputer riba
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom hari ini.
Orang Melayu tak sedar, masih anggap diri 'Tuan' - Tun M
Dr Mahathir berkata kaum Melayu sepatutnya sudah belajar daripada sejarah bagaimana generasi mereka terdahulu tidak mengambil peluang meningkatkan taraf ekonomi ketika pemerintahan British.