Tutup

Orang Melayu tidak mampu beli semula tanah Kampung Baru jika harga dinaikkan

Orang Melayu tidak mampu beli semula tanah Kampung Baru jika harga dinaikkan
Orang Melayu tidak mampu beli semula tanah Kampung Baru jika harga dinaikkan, kata Dr Mahathir Mohamad. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan menghadapi kesukaran untuk menaikkan harga tanah pemilik di Kampung Baru dalam usaha untuk memastikan orang Melayu menjadi penduduk majoriti di kawasan itu.

Perdana MenterI, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sekiranya harga tanah di kawasan itu dinaikkan, ia akan turut memberi kesan kepada kenaikan pembangunan di Kampung Baru.

“Kita lihat di mana orang Melayu memiliki tanah, mereka miskin, mereka jual dengan harga yang baik tetapi mereka tak dapat balik dah (tanah).

“Tanah itu akan dimiliki orang lain tetapi Kampung Baru ini kita perlu penghuninya terdiri daripada orang Melayu dan kebanyakan orang Melayu tidak mampu beli pada harga yang mahal,” katanya
.

Tegas beliau, sekiranya harga tanah di Kampung Baru dilaksanakan mengikut harga pasaran, orang Melayu tidak akan lagi memonopoli kawasan tersebut.
Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad sebelum ini dilaporkan berkata, kerajaan akan membuat tawaran baharu dan mungkin yang terakhir kepada pemilik tanah Kampung Baru bagi menyelesaikan kemelut pembangunan kawasan berkenaan.

Menurut Dr Mahathir, kerajaan hanya menawarkan kadar istimewa kepada pemilik tanah terbabit supaya mereka mampu membeli semula unit hartanah yang dibangunkan.
Sebelum ini, kadar tawaran harga ditetapkan adalah mengikut prosedur dengan kadar tertinggi RM850 satu kaki persegi yang dinilai oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).


Tag: Mahathir Mohamad, kerajaan, Perdana Menteri, Kampung Baru



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.