awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Orkestra Sekolah Cyberjaya terima pengiktirafan

Bernama
Bernama
28/06/2014
03:36 MYT
Orkestra Sekolah Cyberjaya terima pengiktirafan
Kumpulan orkestra Sekolah Seri Puteri Cyberjaya hari ini menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBR)
Kumpulan orkestra Sekolah Seri Puteri Cyberjaya hari ini menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBR) atas kemenangan pingat emas pada Festival Muzik Antarabangsa Australia di Sydney Opera House tahun lepas.
Kumpulan 'Seri Puteri Symphonic Winds' (SP Winds), yang dinaungi isteri Timbalan Perdana Menteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, menerima pengiktirafan itu daripada wakil MBR pada Makan Malam Amal Symphonic Winds di Sekolah Seri Puteri Cyberjaya malam ini.
Pada majlis itu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ismail Mohamed Said turut menyampaikan tajaan Jabatan Perdana Menteri melalui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bernilai RM400,000 kepada penaung SP Winds.
Tajaan berkenaan juga bagi menampung perbelanjaan sepanjang 'Summa Cum Laude International Music Festival' di Vienna, Austria pada 4 hingga 9 Julai ini, dan SP Winds merupakan kumpulan pertama dari Malaysia yang membuat persembahan di situ.
Majlis amal itu bertujuan mengumpul dana bagi menampung kos hampir 70 pelajar SP Winds ke festival berkenaan.
Topic Berkaitan
#Malaysia Book of Records
#Sekolah Seri Puteri Cyberjaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan