MALAYSIA
Orkim Harmoni: Lapan warga Indonesia yang ditahan Vietnam disahkan dalang rampasan

Kelapan-lapan perompak kini dalam tahanan pihak berkuasa Vietnam dan berkemungkinan akan dibawa ke Malaysia. - Foto TLDM
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengesahkan lapan individu yang ditahan pihak berkuasa Vietnam berhampiran Pulau Tho Chu adalah kumpulan yang merampas kapal MT Orkim Harmony.
Panglima Wilayah Laut 1, Laksamana Muda Datuk Azhari Abd Rashid berkata perkara itu disahkan sendiri oleh pihak berkuasa Vietnam.
"Salah seorang anak kapal yang tercedera juga mengesahkan lapan individu tersebut merupakan mereka yang merampas kapal berkenaan," katanya dalam sidang media di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini.
Tambah Azhari, semua mereka mengecat tanda nama pada rescue boat MT Orkim Harmony sebagai taktik mengelirukan pihak berkuasa.
Siasatan lanjut kes berkenaan akan diserahkan kepada agensi penguasaan maritim untuk tindakan seterusnya.
BACA: Kapal tangki MT Orkim Harmony selamat tiba di Pelabuhan Kuantan
BACA: Kronologi kejadian rompakan MT Orkim Harmony
Kapal tangki MT Orkim Harmony yang hilang sejak minggu lalu selamat tiba di Pelabuhan Kuantan jam 7 pagi tadi dengan diiringi kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Handalan.
Ia kemudiannya selamat berlabuh di Pelabuhan Kuantan, jam 7.50 pagi selepas ketibaan tertangguh akibat mengalami kerosakan enjin dan laut bergelora.
Turut bersama, kesemua 21 kru yang berjaya diselamatkan pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia TLDM kira-kira jam 2.30 pagi Jumaat, 19 Jun 2015.
Anak kapal terbabit terdiri daripada 16 warga Malaysia, 5 warga Indonesia dan seorang warga Myanmar.
Sementara tukang masak warga Indonesia yang cedera ditembak dalam insiden rampasan itu telah dimasukkan ke hospital pada Jumaat.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami