Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian seharusnya merafak sembah memohon keampunan ke bawah Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan rakyat Kempas kerana isu salah faham kelulusannya dari Universiti Putra Malaysia (UPM).
Demikian ditegaskan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid Tengku Hamid Jumat dalam satu kenyataan hari ini.
Ahli UMNO itu menegaskan walaupun Osman telah dengan penuh keikhlasan memohon maaf daripada rakyat Malaysia, adalah lebih penting menjadi tanggungjawabnya juga untuk memohon maaf daripada rakyat di Kempas yg telah memilihnya sebagai ADUN dan Sultan Johor yang telah melantiknya sebagai Menteri Besar.
"Selain itu UPM sewajibnya juga lebih bertanggungjawab dengan mengikuti contoh langkah universiti-universiti yang lebih berwibawa seperti University of Cambridge dan University of Nottingham iaitu memperjelaskan keadaan seawal mungkin untuk memadam api kemusykilan terhadap institusinya.
"Permasalahan timbul bukan kerana Osman tidak mempunyai kelayakan akademik; ia bukan satu kriteria semasa Pilihan Raya Umum ke-14.
"Namun yang menjadi persoalan ialah mengapa maklumat palsu yang telah dipaparkan oleh semua media semenjak pelantikannya sebagai Menteri Besar selama sembilan bulan lepas tidak diperbetulkan?" soalnya.
BACA: MB Johor hanya senyum, enggan jawab dakwaan miliki sijil palsu
BACA: Usah malu, perlu jujur mengenai latar belakang pendidikan
Osman antara pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang terpalit dengan isu kelayakan akademik selepas profailnya mendakwa memiliki ijazah dan diploma perakaunan dari Universiti Pertanian Malaysia yang kini dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia.
Perkara itu mencetuskan kemusykilan kerana UPM tidak pernah menawarkan kursus diploma perakaunan dan peringkat ijazah bagi kursus itu ditawarkan bermula pada 1985.
Bagaimanapun, baru-baru ini Osman mengesahkan pernah mengikuti pengajian di universiti berkenaan dan tidak menamatkan pengajiannya itu.
Dalam pada itu, Tengku Putra berkata, rakyat Johor memandang tinggi dan amat berbangga dengan darjah-darjah serta pingat-pingat kebesaran yang dikurniakan Sultan Johor.
"Ini kerana ia amat sukar untuk diperolehi dan hanya mereka yang berintegriti tinggi sahaja yang diberi kurnia.
"Peristiwa ini mungkin sedikit sebanyak mencemarkan martabat darjah kurniaan kebesaran negeri Johor oleh kerana pengisytiharan sijil yang telah dibiarkan terpamer selama sembilan bulan tanpa sebarang pembetulan menimbulkan persoalan integriti.
"Oleh yang demikian, lebih molek jika Osman yang telah dikurniakan dengan Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama Dato Sri Paduka Mahkota Johor (SPMJ), merafak sembah memohon keampunan daripada Sultan Johor di atas kejadian yang telah berlaku yang mungkin telah mencemar nama baik negeri Johor.
"Dengan itu, mudah-mudahan Osman dapat diampun dan dimaafkan supaya dapat terus menjalankan tugas sebagai Menteri Besar dengan sempurna khusus untuk rakyat di Kempas dan amnya untuk Negeri Johor Darul Takzim," ujarnya.
Astro Awani
Sat Feb 16 2019
Menurut Tengku Putra, rakyat Johor memandang tinggi dan amat berbangga dengan darjah-darjah serta pingat-pingat kebesaran yang dikurniakan Sultan Johor. - Gambar hiasan
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7650/7710 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 ketika ditutup pada Khamis.
[TERKINI] Elaun masuk akaun bank tapi saya tak mahu - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memulangkan semula elaun diterimanya sebagai Pengerusi Khazanah Nasional Berhad.
Usia Persaraan: KWSP disaran sediakan pinjaman untuk akaun 1 penyimpang
KWSP disaran untuk lebih kreatif bagi membantu penyimpan capai jumlah ideal untuk zaman persaraan, iaitu sekitar RM240,000.
Penganalisis Ekonomi Dr Barjoyai Bardai mencadangkan KWSP pertimbang beri pinjaman untuk akaun 1, dengan syarat ia tidak boleh diganggu.
#AWANI745
Penganalisis Ekonomi Dr Barjoyai Bardai mencadangkan KWSP pertimbang beri pinjaman untuk akaun 1, dengan syarat ia tidak boleh diganggu.
#AWANI745
MoF tiada rekod surat kelulusan Najib
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu, Kementerian Kewangan tidak mempunyai pengetahuan mengenai dua surat kelulusan yang ditandatangani oleh Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan.
#AWANI745
#AWANI745
Kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
Kes saman yang difailkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, selesai secara baik di Mahkamah Tinggi hari ini.
AWANI Borneo [26/04/2024] - Permintaan terkahir Joanna | Cakna kepentingan pertahanan | Jangan takut ugutan
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar;
#AWANIBorneo 26 April 2024
Suami mendiang Joanna dedah hasrat isteri untuk Gawai ini
Sarawak berpotensi jadi pemain industri pertahanan negara
Jangan berdiam, Armizan minta pemilik syarikat minyak lapor jika terima ugutan
#AWANInews
#AWANIBorneo 26 April 2024
Suami mendiang Joanna dedah hasrat isteri untuk Gawai ini
Sarawak berpotensi jadi pemain industri pertahanan negara
Jangan berdiam, Armizan minta pemilik syarikat minyak lapor jika terima ugutan
#AWANInews
Gelombang haba bawa derita baharu, risiko penyakit ke Gaza
Peningkatan suhu melampau luar jangka di seluruh Gaza menambah derita yang dihadapi warga Palestin setiap hari di semenanjung itu.
Tarikh akhir pengemukaan Borang E dan CP8D dilanjutkan hingga 31 Mei
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini memaklumkan tarikh akhir pengemukaan Borang E dan C.P.8D dilanjutkan hingga 31 Mei ini.
Freedom Flotilla to Gaza: AS terus beri tekanan kepada Turki
AS yang merupakan rakan sekutu Israel dilaporkan terus memberi tekanan yang hebat kepada Turki untuk tidak memberi kebenaran pelayaran misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza.
Rumah terbuka himpunkan penduduk pelbagai kaum Kinabatangan
Sekitar 3,000 pengunjung daripada pelbagai kaum dan agama menghadiri rumah terbuka aidilfitri daerah Kinabatangan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Kaum Cina Batu Pahat didedahkan dengan erti sebenar Aidilfitri
Hidayah Centre Batu Pahat mengambil pendekatan berbeza meraikan Aidilfitri dengan melaksanakan program yang turut melibatkan mereka yang bukan beragama Islam.
Muhyiddin jumpa RoS pada Isnin berhubung pindaan Perlembagaan Bersatu
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bertemu dengan pihak Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) Isnin ini berhubung pindaan perlembagaan parti itu.
ADUN Jepak meninggal dunia
Jenazah Allahyarham akan diuruskan di Kompleks Pusara Islam Semariang pada jam 7.15 malam sebelum dikebumikan sekitar jam 9 malam.
40 ADUN P.Pinang angkat sumpah, Law Choo Kiang kekal Speaker DUN
ADUN Bayan Lepas Azrul Mahathir Aziz, 47, yang juga wakil tunggal daripada AMANAH dilantik Timbalan Yang Dipertua DUN Pulau Pinang, selepas menjadi calon tunggal bagi jawatan itu.
40 ADUN Pulau Pinang angkat sumpah 29 Ogos - Ketua Menteri
Sebanyak 40 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang dijadual mengangkat sumpah pada 29 Ogos ini di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Panglima perang bakal MB Kelantan?
Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dikatakan sudah mengadap ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan, Sultan Muhamad ke lima pagi tadi.
PRN: Calon veteran diganti orang muda perkara biasa dalam parti - Teo
Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Teo Nie Ching berkata pertukaran calon veteran kepada calon muda pada pilihan raya, merupakan perkara biasa dalam mana-mana parti.
PRN Kedah: 'Gelombang hijau' masih bergelora atau bakal berubah?
Status Kedah sebagai 'swing state' atau senario politik negeri sering berubah, bakal ditentukan pada PRN kali ini.
DUN Sabah lulus RUU Antilompat Parti
DUN Sabah meluluskan Rang Undang-undang Perlembagaan Negeri Sabah (Pindaan) 2023 berkaitan antilompat parti.
Kerajaan Perak stabil, 'very bad' kalau Pesuruhjaya Pas bohong - Saarani
Saarani minta semua pihak berpolitik secara bertanggungjawab dan tidak mencetuskan polemik yang tidak bermanfaat, hanya mengundang resah.