Osman mengadap Sultan Johor, maklum peletakan jawatan sebagai MB

Osman mengadap Sultan Johor, maklum peletakan jawatan sebagai MB
Osman tiba di perkarangan Istana sekitar 9.05 pagi menaiki kenderaan rasmi dengan no plat JRA 1. - Foto Johor Royal Press Office
JOHOR BAHRU: Menteri Besar Datuk Osman Sapian pagi ini mengadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj di Istana Pasir Pelangi bagi mendapat perkenan berhubung soal peletakan jawatan beliau.

Osman, yang juga Ahli Dewan Undangan Kempas, tiba di perkarangan Istana sekitar 9.05 pagi menaiki kenderaan rasmi dengan no plat JRA 1.
Ketika kenderaan beliau melalui media yang menanti sejak pukul 8 pagi, Osman sempat menurunkan tingkap dan melambai tangan.

Difahamkan, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor itu juga akan menyampaikan beberapa nama yang terdiri dari kalangan Exco Majlis Mesyuarat Kerajaan untuk dipertimbangkan Tuanku sebagai calon Menteri Besar seterusnya.



Semalam, ketika ditemui pemberita, Osman memaklumkan beliau masih lagi Menteri Besar yang sah selagi pemakluman peletakan jawatan beliau belum diperkenankan Sultan Johor.

Selain itu, beliau menegaskan akan terus menjalankan kerja-kerja politik selagi memegang jawatan sebagai Pengerusi PH Johor dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Johor.




Tag: Osman Sapian, Sultan Johor, Istana Pasir Pelangi, PH, Menteri Besar, peletakan jawatan


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.