awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

P. Pinang perkukuh komitmen pulihkan pelancongan dengan penubuhan PETERAB

Bernama
Bernama
04/06/2020
22:21 MYT
P. Pinang perkukuh komitmen pulihkan pelancongan dengan penubuhan PETERAB
Yeoh berkata PETERAB juga akan menilai kesan kuantitatif dan kualitatif COVID-19 mengenai sektor pelancongan dan menyediakan cadangan untuk pemulihan ekonomi. - Foto Facebook
Kerajaan negeri Pulau Pinang menubuhkan Lembaga Nasihat Pemulihan Ekonomi Pelancongan Pulau Pinang (PETERAB) untuk mengurangkan kesan sosioekonomi berikutan pandemik COVID-19.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Seni, Budaya dan Warisan negeri Yeoh Soon Hin berkata lembaga nasihat itu akan menerajui usaha melalui cadangan peringkat dasar untuk mempercepatkan pemulihan, menyokong pekerjaan dan ekonomi serta meningkatkan penerimaan pelancongan dan pelaburan langsung asing (FDI).
"Proses pembukaan semula dan memulihkan sektor pelancongan akan menjadi proses yang kompetitif, justeru lembaga nasihat ini akan bekerjasama dengan Pasukan Kerja Next Normal Pelancongan Pulau Pinang.
"Pada masa sama, PETERAB akan berfungsi untuk mengusulkan pertimbangan ekonomi dan tindakan kewangan bertujuan mengembalikan pelancongan Pulau Pinang sebagai pusat ekonomi, manakala pasukan kerja itu akan memandu peralihan ke arah 'next normal' bagi memastikan peningkatan keselamatan pelancong dan pekerja," katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Beliau berkata PETERAB juga akan menilai kesan kuantitatif dan kualitatif COVID-19 mengenai sektor pelancongan dan menyediakan cadangan untuk pemulihan ekonomi serta merangka strategi lestari dan pendekatan inovatif untuk pemulihan ekonomi pelancongan dengan mengukuhkan hubungan dalam rantaian nilai pelancongan.
"Lima individu terkemuka dipilih untuk berkhidmat dalam lembaga nasihat itu berdasarkan pengalaman dan kepakaran mereka dalam industri pelancongan dan pengembaraan iaitu Datuk Hamzah Rahmat, Datuk Seri V.R. Arunasalam, Datuk Syed Mohamad Aidid Syed Murtaza, Datuk Danny Goon dan Prof Dr Lean Hooi Hooi," katanya.
Sumber Facebook permalink.php?story_fbid=628310274438016&id=217511265517921"><
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#ekonomi
#kesan kualitatif
#kesan kuantitatif
#kesan sosioekonomi
#next normal
#Pasukan Kerja Next Normal Pelancongan Pulau Pinang
#pelancongan
#pemulihan ekonomi
#pengembaraan
#PETERAB
#pulau pinang
#pusat ekonomi
#Yeoh Soon Hin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan