awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis berjaya kesan wanita dakwa guna 'kabel' KPN

Bernama
Bernama
19/04/2020
14:55 MYT
Polis berjaya kesan wanita dakwa guna 'kabel' KPN
Abd Jalil Hassan berkata wanita berusia 30an itu telah diambil rakaman percakapannya. - Bernama
Polis berjaya mengesan seorang wanita yang mendakwa dirinya menggunakan 'kabel' Ketua Polis Negara (KPN) untuk mendapatkan kebenaran pulang ke Kuantan, yang tular di laman sosial baru-baru ini.
Ketua Polis Pahang Datuk Abd Jalil Hassan berkata wanita berusia 30an dan bekerja di Kuala Lumpur itu juga telah diambil rakaman percakapannya oleh Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, pada Sabtu.
"Wanita itu mendakwa dirinya tidak berniat untuk menggunakan nama KPN, namun berbuat demikian kerana amat tertekan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga mengada-adakan cerita.
BACA: Ketua Polis Negara nafi beri 'kabel' lakukan perjalanan ketika PKP
"Kita juga sedang menyiasat bagaimana dia boleh terlepas pulang ke rumah orang tuanya di sini pada 12 April lalu tanpa alasan kukuh bagi melakukan pergerakan dalam tempoh PKP," katanya semasa dihubungi Bernama di sini, pada Ahad.
Semalam, Abdul Hamid menegaskan bahawa beliau tidak pernah dihubungi atau memberikan keistimewaan kepada mana-mana individu untuk melakukan perjalanan tidak wajar sepanjang pelaksanaan PKP.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abd Jalil Hassan
#Ketua Polis Negara
#KPN
#Kuala Lumpur
#laman sosial
#Pahang
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan