Setiap hari, antara 200 dan 300 kilogram barang seludup, antaranya daun ketum dan rokok, dirampas oleh polis Perlis dalam operasi di kawasan sempadan di utara negara sejak 3 Sept lepas.
Kegiatan penyeludupan di kawasan sempadan menjadi 'panas' apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan video kegiatan penyeludupan di Padang Besar, Perlis pada Oktober lepas.
Pendedahan itu walaupun berjaya membuat anggota sindiket 'panas punggung', namun belum mampu mengekang aktiviti itu di sempadan tanah air. Ini kerana masih ada barang dari negara ini termasuk daun ketum berjaya tembus ke negara jiran, Thailand, melalui aktiviti penyeludupan rentas sempadan.
"Setiap hari rampasan (pelbagai) barang seludup berjumlah 200 ke 300 kilogram adalah perkara biasa hasil operasi tanpa gagal sejak 3 Sept," kata Ketua Polis Perlis Datuk Surina Saad yang mula bertugas di Perlis pada tarikh itu.
Mengikut rekod IPD Padang Besar, rampasan daun ketum meningkat 51.1 peratus iaitu sebanyak 81,851.54 kilogram dalam tempoh Januari hingga Oktober tahun ini berbanding 40,037.3 kilogram tahun lepas.
Malah kawasan sempadan yang 'mati' dengan pagar uzur dan berlubang dipercayai antara faktor yang mendorong aktiviti penyeludupan berterusan melalui pelbagai taktik.
Seorang penduduk yang dikenali sebagai Pak Ku baru-baru ini membawa Bernama meninjau ke kawasan berhampiran landasan kereta api Padang Besar di mana beliau menunjukkan pagar yang memisahkan kedua-dua negara ini bukan sahaja kelihatan uzur, malah ada yang berlubang.
"Barang yang ingin diseludup termasuk ketum akan dilempar melepasi pagar atau menerusi pagar yang telah dirosakkan oleh sindiket dan di sebelah sana ada orang yang tunggu untuk kutip.
"Orang tempatan memang ramai yang tahu mengenai aktiviti ini tapi tak berani bersuara sebab ada orang tempatan yang terlibat juga dalam sindiket penyeludupan ni," kata Pak Ku yang berpesan kepada penulis supaya tidak bertanya kepada orang sembarangan bagi mengelak kejadian tidak diingini.
Berdasar rekod polis, kawasan seperti Kampung Melayu dan Kampung Kolam yang terletak bersebelahan dengan pekan Sadao di selatan Thailand dan dipisahkan dengan pagar adalah lokasi strategik untuk meletakkan apa jua barang yang ingin diseludup.
Malah, rumah serta kawasan kampung itu turut dijadikan lokasi meletakkan daun ketum yang diisi ke dalam guni sebelum dipercayai dibawa ke pekan Sadao menggunakan pelbagai kaedah.
Seorang lagi penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Mot mendedahkan kaki-kaki sindiket akan menyewa rumah di sekitar Padang Besar untuk dijadikan stor menyimpan bekalan daun ketum.
"Ada yang gunakan rumah usang untuk dijadikan tempat mengumpul daun ketum...mereka ini mahu keluar barang (daun ketum) kerana untungnya tinggi.
"Sindiket biasanya beli daun ketum dengan harga RM10 atau RM20 sekilogram di mana-mana kawasan di utara sebelum menjualnya dengan harga yang tinggi iaitu antara RM100 hingga RM150 sekilogram di negara jiran," katanya.
Beberapa lokasi yang dijadikan tempat menyimpan daun ketum yang ingin diseludup berjaya dibongkar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar dengan serbuan terbaharu pada 24 Okt lepas di mana 1.6 tan daun ketum yang disimpan di sebuah rumah di Felda Mata Ayer di sini, berjaya dirampas.
Menurut Mot daun ketum mendapat permintaan tinggi kerana negara gajah putih itu tidak mempunyai bekalan ekoran undang-undang ketat negara itu.
"Memang keadaan sekarang tengah panas sebab orang sana (Thailand) nak daun biak (ketum) tetapi nak bawa keluar sekarang susah," katanya merujuk tindakan penguatkuasaan tempatan yang semakin meningkat.
Dalam pada itu, bercakap kepada Bernama, Ketua Polis Daerah Padang Besar, Supt Mohamad Halim Yatim berkata modus operandi terbaharu penyeludup adalah membawa keluar daun ketum ke negara jiran dalam kuantiti yang kecil bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
"Mereka akan letak daun ketum dalam guni yang kecil dan kemudian meletakkanya berhampiran pagar-pagar di sempadan...apabila 'line clear' mereka akan campak guni berisi daun ketum itu ke negara jiran melepasi pagar yang memisahkan kedua-dua negara," katanya.
Bagaimanapun, katanya pihaknya memberi fokus terhadap usaha membanteras kegiatan penyeludupan di sempadan negara termasuk daun ketum.
Pada Mei tahun lepas, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Seri Zulkifli Abdullah ketika itu menyatakan tembok dan pagar sempadan Malaysia-Thailand sepanjang 29 kilometer dari Padang Besar ke Bukit Kayu Hitam telah usang dan tidak lagi kukuh untuk tujuan keselamatan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 26 2019
Setiap hari rampasan barang seludup berjumlah 200 ke 300 kilogram adalah perkara biasa hasil operasi tanpa gagal sejak 3 Sept, kata Surina. - Astro AWANI
Pantau Agenda Reformasi: Penstrukturan akaun & pengenalan akaun 3 KWSP
Ikuti kupasan penganalisis ekonomi Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan, Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), Prof. Emeritus Barjoyai Bardai mengenai penstrukturan akaun KWSP & pengenalan akaun 3.
Pihak dikaitkan dalam laporan berkaitan lesen kasino perlu ambil tindakan - PM Anwar
Laporan yang memetik satu sumber itu berkata perbincangan mengenai pemberian lesen itu masih di peringkat awal.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Berhadapan tekanan Israel, FCC tiada istilah putus asa'
Pemeriksaan kapal penumpang, Akdeniz (Mediterranean) yang terlibat dalam misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza dilaporkan sedang berjalan.
Niaga AWANI: Airasia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.fernandes, bursa Malaysia.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd, firma swasta dengan 35% pegangan milik
Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) telah melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April 2024.
#NiagaAWANI
Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) telah melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April 2024.
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: MOT, KHAZANAH, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB
Jelas Perdana Menteri, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Vincent Tan tak terbabit rundingan lesen kasino Forest City
Berjaya Corp Bhd (BCorp) menafikan laporan yang mengaitkan Pengasasnya, Tan Sri Vincent Tan terbabit dalam rundingan berkaitan lesen kasino di Forest City, Johor.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh susulan operasi BNM
Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh pada Jumaat susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: IHPR meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024 berbanding 0.3 peratus pada Februari 2024, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Tiada kasino akan beroperasi di Johor - Onn Hafiz
Onn Hafiz berkata khabar angin yang tular itu berunsur sabotaj dan berniat jahat untuk mencemar imej Forest City dan Johor secara keseluruhannya.
Pusat hiburan diserbu, GRO bersama pengurus ditahan
Seorang pengurus pusat hiburan serta 15 wanita warga asing yang disyaki bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam serbuan di sebuah kelab malam di Jalan Raja Chulan di sini pada Sabtu.
SKMM rakam percakapan Che'gubard, Salim, Papagomo esok
SKMM mengesahkan memanggil pempengaruh media sosial Chegubard, Salim Iskandar dan Wan Muhammad Azri Wan Deris (Papagomo) untuk rakaman percakapan pada Rabu.
Suspek kes tembak di KLIA dibawa ke Selangor hari ini
Suspek yang melepaskan tembakan di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, akan dibawa pulang ke Selangor pada Selasa.
Suspek kes tembak KLIA, direman esok di Kelantan - Bukit Aman
Suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, awal pagi semalam, akan direman esok di Mahkamah Kota Bharu.
7,348 kes jenayah komersial direkod hingga Mac, kerugian lebih RM770 juta
Belum sampai tiga bulan, polis sudah merekodkan 7,348 kes jenayah komersial melibatkan kerugian lebih RM770 juta.
Polis tidak 'pilih bulu' siasatan kes 3R
Mohd Shuhaily menasihatkan semua pihak agar menghentikan sentimen isu tersebut.
Polis rampas 51 kg dadah RM2.57 juta, tahan dua ‘transporter’
Polis merampas dadah jenis methamphetamine seberat 51.5 kilogram dianggarkan bernilai RM2.57 juta dalam serbuan di kawasan Kuala Kangsar, pada Sabtu.
Premis urut tawar khidmat ranjang wanita warga asing diserbu
Serbuan Op Noda Mega dilancar Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di Serdang dan Gombak di Selangor serta Sentul, Kuala Lumpur, semalam.
Polis perlu patuh BMI ditetapkan untuk naik pangkat
Pematuhan terhadap standard jisim indeks tubuh (BMI) yang ditetapkan merupakan antara syarat wajib untuk kenaikan pangkat bagi warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Suhaily kenang jasa Paramalingam, hoki bentuk disiplinnya
Disiplin yang dibentuk ketika berada di dalam pasukan hoki Selangor dahulu, menjadikan Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, sebagai seorang yang lebih tegas dan bertanggungjawab.