HAMPIR 50 tahun mencurahkan khidmat sebagai doktor atau pakar perbidanan, tiada apa yang mengecewakan Dr Hamid Arshat apabila pejabatnya diserbu oleh kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Rabu.
Serbuan yang dibuat tanpa sebarang notis dan tujuan yang jelas, tegas Dr Hamid, memperlihatkan beliau seolah-olah seorang penjenayah.
Rasa terkilan dengan layanan dan tindakan kasar kakitangan-kakitangan yang mudah seakan 'gila kuasa' itu dikongsi pakar sakit puan tersohor itu di laman Facebook beliau.
"Ketika sebuan pejabat, saya berada di klinik di Taman Desa Medical Centre melayan berpuluh2 pesakit. Apa salahnya kalau pihak berkuasa hubungi saya dulu dan nyatakan apa kesalahan yang saya buat sebelum menyerbu dan selongkar pejabat saya di Plaza75m Bukit Damansara," soal Dr Hamid lagi.
Lantaran terlalu kecewa juga, Dr Hamid berkata, selama lima dekad sebagai doktor, beliau mencurahkan khidmat secara sepenuh hati tanpa mengira masa dan pulangan.
"Pada hal saya telah berkhidmat sebagai doktor hampir 50 tahun dan sebagai pakar bidan selama 43 tahun. Pada tahun 70-an dan 80-an saya dan rakan2 doktor telah bersama2 berkhidmat secara bertungkus lumus untuk memberi rawatan dan jagaan kepada pesakit2 tanpa mengira masa dan gaji.
"Pernah kerja selama 72 jam berturut2. Dengan gaji RM 600 sebulan. Saya rasa amat terkilan dengan layanan dan tindakan kasar kakitangan2 muda yang semacam gila kuasa," ujar Dr Hamid lagi.
Kesedihan dan kekecewaan pakar perubatan tersohor ini tambah berganda apabila sekumpulan kakitangan KKM meninggalkan pejabatnya dalam keadaan kucar-cari selain tidak mendapati sebarang bukti kesalahan beliau.
"Sungguh menyedihkan dengan tindakan kasar ke atas pejabat dan staff saya. Kakitangan yang bertindak belum lahir ke dunia lagi, saya telah berkhidmat dengan KKM," luah Dr Hamid pada entri yang dikongsi oleh lebih 3,700 pengunjung Facebook selain mendapat lebih 4,000 komen.
Astro Awani
Thu Oct 03 2019
Dr Hamid Arshat tertanya-tanya kenapa pejabatnya diserbu tanpa sebarang notis. - Gambar Facebook Dr Hamid Asrhat
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Serbuan di klinik Dr Hamid Arshat demi kepentingan ramai, bukan perkauman
Serbuan yang dilakukan terhadap pejabat pakar sakit puan dan perbidanan terkenal, Datuk Dr Hamid Arshat pada Rabu dibuat demi kepentingan orang ramai.
Pakar bidan Dr Hamid Arshat kecewa pejabatnya diserbu tanpa sebab yang jelas
Dr Hamid Arshat kecewa apabila pejabatnya diserbu oleh kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia tanpa notis