Golongan pakar dalam pelbagai bidang disaran supaya mengehadkan kenyataan yang boleh mencetuskan kegelisahan dalam kalangan masyarakat berhubung isu pencemaran udara di Pasir Gudang, Johor.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata kementeriannya tetap menghormati pandangan serta kepakaran semua pihak dan mengalu-alukan bantuan mereka dalam menghadapi situasi itu.
"Saya menghormati pandangan mereka tetapi cuma ingin nasihatkan kalau boleh jangan ambil pendekatan yang boleh mencetuskan keresahan dalam kalangan rakyat," katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Penyelidikan dan Kualiti Pegawai Dietetik 2019 (DQRC2019) di sini, hari ini.
Beliau mengulas pandangan seorang pensyarah kanan universiti tempatan semalam yang menyatakan gas akrilonitril yang dikesan dalam pencemaran itu mempunyai sifat karsinogenik yang boleh memberi kesan sampingan termasuk risiko menghidap kanser jika seseorang itu terdedah kepada gas itu setiap hari atau bagi tempoh yang panjang.
Baru-baru ini, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim memaklumkan gas akrilonitril serta dua lagi gas iaitu akrolein dan metil merkaptan dikesan di kawasan Pasir Gudang itu.
Sesetengah pelajar dan segelintir guru di Pasir Gudang dilaporkan menghadapi masalah sesak nafas, loya dan muntah-muntah dipercayai susulan pencemaran udara sejak 20 Jun lalu, selepas insiden pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim tiga bulan lepas.
Sementara itu, mengulas mengenai konvensyen berkenaan, Dr Dzulfkefly berkata kementerian meletakkan sasaran sekurang-kurangnya 4,000 pegawai dietetik di seluruh negara menjelang 2030.
Katanya, jumlah ini akan menjadikan nisbah pegawai dietetik kepada 10 bagi setiap 100,000 penduduk berbanding nisbah 2 :100,000 ketika ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 01 2019
DR DZULKEFLY: Kalau boleh jangan ambil pendekatan yang boleh mencetuskan keresahan dalam kalangan rakyat. - Gambar fail
Beli kondo mewah: Isa Samad, Mohd Emir diperintah bayar RM3.31 juta kepada FGV
Mahkamah Tinggi memerintahkan bekas Mohd Isa dan bekas Mohd Emir membayar lebih RM3.31 juta kepada syarikat itu berhubung pembelian dua unit kondominium mewah di ibu negara.
AWANI Ringkas: Kandungan mudarat di media sosial meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Xiaomi lancar kereta elektrik Xiaomi SU7, harga bermula RM141,500
Xiaomi semalam secara rasminya telah melancarkan kereta elektrik mereka yang pertama dinamakan Xiaomi SU7 untuk pasaran China.
X akan tawar ciri premium percuma jika ada lebih 2,500 pengikut disahkan
ELON Musk memaklumkan perubahan pada penawaran ciri-ciri X kepada semua akaun.
'Tulisan jawi tiada kaitan Jelajah Perikatan Nasional' - MUDA Kelantan
MUDA Kelantan menegaskan tulisan jawi tertera pada sepanduknya adalah logo rasmi baharu cawangan itu, dan tiada kaitan dengan program Jelajah Perikatan Nasional (PN).
Ops Lebih Muatan: JPJ keluar 126 notis saman, 13 kenderaan barangan dikenakan tindakan
Sebanyak 126 notis saman dikeluarkan JPJ Pulau Pinang terhadap pemandu kenderaan barangan menerusi Ops Khas Lebih Muatan di sekitar negeri ini.
AWANI Ringkas: Bas terbalik di Lebuh Raya Karak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Seri Rahmat, Batu Gajah pada jam 10 hingga 12 malam, Februari lalu.
Piala Uber: Pearly ambil sudut positif jika tidak ke Chengdu
Pearly Tan tidak berasa kecil hati sekiranya beliau dan pasangan M. Thinaah, tidak disenaraikan ke skuad Piala Uber 2024 di Chengdu, China.
Bubur Lambuk Ayam Belanda hidangan istimewa di Kampung Parit Sikom
Istimewa Ramadan 2024, penduduk kampung Parit Sikom, Pontian, Johor menikmati hidangan istimewa, Bubur Lambuk Ayam Belanda, yang diedarkan sebanyak 500 pek .
KKM siasat dakwaan pesakit meninggal dunia akibat kegagalan ventilator
KKM menubuhkan Jawatankuasa Penyiasatan Bebas bagi menyiasat dakwaan seorang pesakit meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana berpunca kerosakan mesin ventilator baru-baru ini.
KKM sasar tempoh 4-5 tahun laksana transformasi kesihatan digital
Pelaksanaan transformasi menerusi strategi 'satu individu satu rekod' itu akan dimulakan dengan penggunaan rekod perubatan elektronik (EMR) di setiap fasiliti kesihatan terlibat.
Kematian akibat tibi di Malaysia meningkat tahun lepas - Dzulkefly
Sebanyak 2,623 kematian akibat tuberkulosis atau tibi direkodkan tahun lepas, meningkat dua peratus atau 51 kes berbanding 2022.
GEG: Pengguguran dari akta kawal rokok tiada kaitan tindakan pelobi industri
Pengguguran Peruntukan Generasi Penamat Rokok (GEG) dalam Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 tidak ada kaitan dengan tindakan melobi oleh wakil industri tembakau dan vape.
Parlimen: Analisis data projek rintis ubat rawat HIV menunjukkan penurunan
Analisis awal projek perintis penggunaan ubat Pre-Exposure Prophylaxis (PrEP) yang digunakan untuk pencegahan HIV menunjukkan penurunan drastik.
Bazar Ramadan: Tiada aduan keracunan makanan diterima setakat ini - KKM
Dr Dzulkefly berkata, ia merupakan petanda baik dipamerkan pengendali makanan.
Menteri Kesihatan alami gejala renal colic
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dirujuk kepada jabatan kecemasan pada Rabu kerana disyaki mengalami gejala renal colic.
2,000 beg darah diperlukan setiap hari untuk pastikan bekalan cukup - Dzulkefly
Negara masih memerlukan sekurang-kurangnya 2,000 beg darah secara purata setiap hari untuk memastikan stok bekalan darah mencukupi.
Dewan Rakyat: RM78.73 juta dibelanja untuk Skim Perubatan MADANI setakat ini
Dengan anggaran perbelanjaan ini, peruntukan untuk skim berkenaan yang dilancarkan pada 15 Jun lepas, dijangka habis digunakan menjelang April ini.
Sidang Parlimen: KKM sasar 6,000 pengambilan pegawai perubatan bagi 2024-2025
Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, dalam tempoh 2019 hingga 2023, KKM telah meningkatkan pelantikan tetap kepada seramai 9,822 orang.