awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pakatan Harapan tumbang di Melaka, Perikatan Nasional tubuh kerajaan

Astro Awani
Astro Awani
02/03/2020
09:02 MYT
Pakatan Harapan tumbang di Melaka, Perikatan Nasional tubuh kerajaan
Penubuhan kerajaan baharu di Melaka mendapat sokongan daripada 17 ADUN negeri itu, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh - Gambar fail
Pakatan Harapan tumbang di Melaka sekali gus membolehkan Perikatan Nasional membentuk kerajaan baharu.
17 Ahli Dewan Undangan Negeri menyokong Perikatan Nasional bagi membentuk kerajaan di Melaka sekali gus menumbangkan Kerajaan Pakatan Harapan di bawah pentadbiran Adly Zahari.
Pengumuman itu dibuat Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dalam satu sidang media di sini pada petang Isnin.
Jelasnya, Perakuan Bersumpah (SD) itu telah dipersembahkan kepada Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob yang mendapat perkenanan TYT di Kompleks Seri Negeri tengah hari Isnin.
Bagaimanapun, calon Ketua Menteri Melaka akan dipilih daripada 17 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam tempoh terdekat.
"Hari ini telah dipanggil untuk bertemu Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Dipertua Negeri Melaka dihadiri bersama Penasihat Undang-Undang Negeri bagi mendapat penjelasan suasana politik di Melaka ketika ini.
"Di dalam Kerajaan Negeri sekarang sudah tidak lagi mendapat kepercayaan barisan kepimpinannya, yang mana dua ADUN dari Bersatu bersetuju membentuk gabungan kerajaan bersama Barisan Nasional.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada barisan ADUN daripada BN, Bersatu untuk gabungan Perikatan Nasional Melaka. Sementara itu, kita akan menamakan bakal Ketua Menteri Melaka dalam tempoh terdekat.
"Tidak ada satu nama diberikan pada hari ini, 13 daripada BN dan dua daripada Bersatu akan dinamakan untuk menjadi Ketua Menteri Melaka dalam masa terdekat," katanya dalam sidang media itu.
Hadir dalam sidang media itu, 13 ADUN Barisan Nasional, dua ADUN Bersatu, seorang ADUN PKR dan DAP.
Topic Berkaitan
#kerajaan
#Melaka
#Pakatan Harapan
#Perikatan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan