awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Pakatan Rakyat kini tinggal sejarah" - Netizen

Shamil Hizamie
Shamil Hizamie
16/06/2015
08:22 MYT
"Pakatan Rakyat kini tinggal sejarah" - Netizen
Netizen menyuarakan pendapat mereka di Twitter mengenai berita 'berkuburnya' Pakatan Rakyat.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menerusi kenyataan rasmi menyifatkan Pakatan Rakyat sudah tidak lagi wujud.
Keputusan yang disimpul oleh Jawatankuasa Pusat DAP yang bermesyuarat pada malam semalam itu menyatakan muafakat yang diamalkan oleh parti-parti komponen Pakatan Rakyat hampur lumpuh lantaran beberapa insiden sepanjang tahun ini.
Perselisihan antara pucuk kepimpinan DAP dan PAS kian memuncak apabila PAS memutuskan untuk membentang rang undang-undang hudud sekaligus melaksanakannya di Kelantan.
BACA: Khairy gesa kerajaan Selangor dibubar susulan 'berkuburnya' Pakatan Rakyat
BACA: Pakatan Rakyat sudah berkubur - Guan Eng
Pakatan Rakyat ditubuhkan pada 1 April 2008 hasil kerjasama DAP bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Islam SeMalaysia (PAS) bagi memenuhi aspirasi rakyat yang ingin melihat perubahan politik di Malaysia bersangkutan dengan pilihan raya umum yang diadakan pada 8 Mac 2008.
Pada masa yang sama, para netizen turut menyuarakan pendapat mereka mengenai isu Pakatan Rakyat yang dikatakan sudah ‘berkubur’ ini.
Pembangkang lemah, kerajaan tak payah cakap la. Acane sekarang?
— Hadi M. Nor (@hadimnor) June 16, 2015
arwah #PakatanRakyat baik orangnya... #RIP
— Abang Bro (@JeffriMS) June 16, 2015
Hari tu PAS cabar DAP jadi jantan mintak cerai. So, apa kata PAS hari ni? #RIPPakatanRakyat
— Zurairi AR (@zurairi) June 16, 2015
Born: 1 April 2008. Died: 16 June 2015. Age: 7 years 2 months 15 days. Cause: Multiple disease including Hudud. #PakatanRakyat
— Adrian (@adrianlimcheeen) June 16, 2015
The form of the strongest opposition parties now a history. #PakatanRakyat
— Nazmi (@NazmiHanafiah) June 16, 2015
#RIP Pakatan Rakyat, time for a realignment of political forces for change in Malaysia.
— Ong Kian Ming (@imokman) June 16, 2015
I feel a certain sadness, really. Not for the political parties but the people who believed in a better way of doing things. Takziah PR.
— Jimie Cheng(@jimiecheng) June 16, 2015
Judging from ground sentiments, probably necessary move. PAS has become a liability. They lost all credibility with non Malays.
— Syahredzan bin Johan (@syahredzan) June 16, 2015
Bye Bye Pakatan
— Pradeesh (@prasys) June 16, 2015
pakatan never existed. what does exist are the contributions you and i do everyday. make that count and what the powerful do matters less.
— rusyan (@rusyans) June 16, 2015
It seems as far as #DAP is concerned, #Malaysia's strongest #Opposition force in decades, #PakatanRakyat, no longer exists. What now?
— Sumisha Naidu (@sumishanaidu) June 16, 2015
Barisan Alternatif. Pakatan Rakyat. Hope the next name ada 'ummmph' sikit. #RIPPakatanRakyat
— Ezra Zaid (@EzraZaid) June 16, 2015
this one i definitely agree. https://t.co/0OMiLfJ6kq
— Nathaniel Tan (@NatAsasi) June 16, 2015
people talk as if there's no opposition after today. opposition MPs are still there. just w/out a formal coalition.
— Norman (@norman__g) June 16, 2015
Nak sedekah pisang kat masjid. Syukur Pakatan Rakyat dah tak ada. Senang sikit nak rosakkan negara pasal penentang dah mampos
— Effi Saharudin (@1Obefiend) June 16, 2015
Segelintir pengguna media sosial ternyata dirundung kesedihan mengenai pengakhiran persefahaman antara parti-parti komponen pembangkang ini.
Sementara wakil-wakil PKR memilih untuk berdiam diri, tindakan itu adalah bagi mengelakkan keluarnya sebarang kenyataan yang mungkin disalah erti sebelum bermulanya mesyuarat antara pucuk pimpinan PKR pada malam ini.
KEADILAN maklum kenyataan DAP oleh @cmlimguaneng mengenai kedudukan DAP & PR. Biro Politik mingguan akan bincang pendirian KEADILAN mlm ini
— Rafizi Ramli (@rafiziramli) June 16, 2015
Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh seakan-akan menjawab kenyataan yang dikeluarkan Guan Eng menerusi muat naik di laman Facebook.
Jelas Dan Tanpa Agenda Tersembunyi Itulah yang saya maksudkan berkait DAP. Buat keputusan sendiri dan jangan... http://t.co/a5yhM5zsHQ
— nik mohamad abduh (@nikabduh) June 16, 2015
Topic Berkaitan
#bubar
#DAP
#Pakatan Rakyat
#PAS
#PKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan