awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hujan lebat di California ragut tiga nyawa
21 buah rumah terkesan banjir kilat di Simpang Pulai
‘Picasso’ bola sepak, John Robertson meninggal dunia pada usia 72 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pakej pelancongan murah tidak semestinya 'scam' - MATTA

Isabelle Leong
Isabelle Leong
10/09/2018
00:13 MYT
Pakej pelancongan murah tidak semestinya 'scam' - MATTA
Tan menegaskan, pameran MATTA Fair tiada kaitan dengan syarikat pelancongan yang didakwa menjalankan sindiket penipuan percutian. - Gambar fail
Pakej pelancongan yang murah tidak semestinya bermaksud ia adalah suatu penipuan, tegas Presiden Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Datuk Tan Kok Liang.
Katanya, sepanjang berlangsungnya MATTA Fair, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) menjalankan penyiasatan terhadap latar belakang setiap reruai yang mengambil bahagian dalam pameran pelancongan terbesar Malaysia itu, bagi memastikan ketulenan agensi yang ada di situ.
“Selain itu, pakej percutian yang ditawarkan di MATTA Fair, biasanya adalah hasil kerjasama syarikat penerbangan, hotel dan pengangkutan domestik serta luar negara.
"Mereka mampu mengurangkan harga kerana ia adalah tempoh promosi. Secara amnya, harganya adalah lebih rendah daripada harga biasa.
"Walaupun ia pada harga rendah, ia tidak bermakna mereka adalah suatu penipuan,” katanya sambil menjelaskan, syarikat pelancongan mempunyai lesen dengan tempoh yang berbeza-beza antara satu dan tiga tahun.
Tan turut menegaskan, pameran MATTA Fair tiada kaitan dengan syarikat pelancongan yang didakwa menjalankan sindiket penipuan percutian.
Tambahnya, transaksi berkaitan dengan penipuan itu tidak berlaku di MATTA Fair.
Topic Berkaitan
#Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia
#Malaysia
#MATTA
#MATTA Fair
#MOTAC
#pelancongan
#Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia
#presiden
#sindiket
#Tan Kok Liang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan