awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan MADANI terus komited pacu kesejahteraan rakyat Sarawak - PM Anwar
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pakej umrah murah, bekas Pengarah YBNT ditahan polis

Bernama
Bernama
11/07/2019
13:45 MYT
Pakej umrah murah, bekas Pengarah YBNT ditahan polis
Suspek telah menyalahgunakan surat yang dikeluarkan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan menawarkan pakej umrah secara subsidi kepada guru-guru. - Gambar hiasan
Polis Terengganu menahan bekas Pengarah Yayasan Bakti Negara Terengganu (YBNT) berhubung kes penipuan pakej umrah, membabitkan kerugian lebih RM4 juta sejak Disember 2016.
Ketua Polis Terengganu Datuk Aidi Ismail berkata individu itu ditahan di sebuah rumah di Damansara, Kuala Lumpur, kira-kira pukul 11 pagi tadi oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Terengganu, setelah menghilangkan diri hampir dua tahun.
"Suspek akan dibawa balik ke Terengganu dan akan dituduh di mahkamah pada Ahad depan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kemaman hari ini.
Menurut Aidi, kes penipuan umrah YBNT itu membabitkan lebih 300 mangsa dan sebanyak 66 kertas siasatan dibuka sejak 2016.
"Suspek sebelum ini telah menyalahgunakan surat yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) dan menawarkan pakej umrah secara subsidi kepada guru-guru.
"Suspek dikatakan telah bertindak berkunjung ke sekolah-sekolah untuk meyakinkan guru-guru berkenaan pakej yang ditawarkan," katanya.
Aidi berkata selepas mengambil bayaran daripada mangsa suspek dikatakan bertindak menghilangkan diri.
YBNT sebelum ini dilaporkan menawarkan pakej umrah dengan harga murah sebanyak RM3,000 seorang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aidi Ismail
#bekas pengarah
#guru
#Kemaman
#Kuala Lumpur
#mahkamah
#mangsa
#menghilangkan diri
#penipuan
#polis
#sekolah
#siasatan
#subsidi
#surat JPNT
#suspek
#umrah
#Yayasan Bakti Negara Terengganu
#YBNT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan