Datuk Mohd Nazifuddin Najib berkata beliau tidak ada lagi hubungan dengan dua syarikat seperti yang didedahkan dalam 'Panama Papers'.

Anak kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan beliau pernah dilantik sebagai pengarah di Jay Marriot International pada 2009 dan PCJ International Venture Limited yang ditubuhkan pada 2012.

“Untuk Jay Marriot, saya telah memindahkan kesemua saham milik saya kepada kakak Ch'ng Soon Sen (pengarah yang lain) dan meletak jawatan pada tahun 2011.

“PCJ International telah ditutup setahun selepas pembentukan (2013) kerana tiada urusan dan transaksi perniagaan yang berlaku sejak penubuhan,” katanya di Facebook.

Beliau juga menegaskan, maklumat yang dibocorkan itu juga tidak mengaitkan seseorang individu yang dinyatakan secara langsung dengan kesalahan jenayah, malah ia disifatkan sebagai pencerobohan privasi yang sangat besar.

Berikut adalah status penuh Mohd Nazifuddin yang dimuat naik ke akaun Facebooknya bagi menjelaskan perkara itu:

Saya ingin berkongsi respon saya terhadap soalan lazim yang telah timbul sejak berlaku kebocoran maklumat yang digelar ‘...

Posted by Nazif Najib on