Kementerian Pendidikan (KPM) kini dalam proses menyediakan garis panduan berkaitan tatacara pelaksanaan pengenalan tulisan jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4.
Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata surat siaran akan diedarkan kepada semua sekolah di seluruh negara sebelum bermulanya sesi persekolahan 2020 bagi memastikan pelaksanaan pengenalan tulisan jawi di sekolah tahun hadapan berjalan lancar.
"Walau apa pun isu yang timbul berkenaan pengenalan tulisan jawi ini, saya ingin tegaskan bahawa KPM akan terus melaksanakan pelbagai usaha bagi memastikan tulisan jawi sebagai sejarah warisan negara diperkasakan dalam kalangan rakyat berbilang bangsa," katanya pada sesi Persidangan Kamar Khas Dewan Rakyat di sini hari ini.
Maszlee berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Datuk Dr Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) mengenai Kurikulum Standard Sekolah Rendah semakan bagi subjek Bahasa Melayu Tahun 4 dan pengenalan Seni Tulisan Khat sebagai pengisian tambahan.
Pada 3 Ogos lepas, kerajaan memutuskan pelaksanaan tulisan khat jawi akan dilaksanakan secara pilihan dan hanya akan dilakukan jika dipersetujui oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta ibu bapa dan murid SJK manakala di Sekolah Kebangsaan akan diteruskan seperti biasa.
Untuk tujuan pemerkasaan pelaksanaan itu, beliau berkata pihaknya akan menyediakan ruang penulisan tulisan jawi dalam majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) seperti Tamadun Islam, Tunas Cipta, Dewan Pelajar yang boleh disebarkan kepada murid pelbagai kaum.
"Selain itu, KPM akan melantik Munsyi Dewan (Jawi) dalam kalangan penggiat tulisan Jawi. Sehingga kini, terdapat 51 Munsyi Dewan (Jawi). Kementerian akan melaksanakan program dan klinik Jawi seperti Kursus Pembinaan Munsyi Dewan (Jawi) serta Kursus Pengkaedahan Jawi Guru KAFA," katanya.
Walaupun tiada keperluan menetapkan setiap murid wajib lulus pengenalan tulisan jawi buat masa ini, Maszlee berkata ia merupakan strategi bagi menyokong pelaksanaan kemahiran bahasa selain memperkayakan murid dengan pengetahuan seni, warisan serta Bahasa Melayu.
Katanya tulisan jawi bukan merupakan suatu mata pelajaran atau subjek, tetapi diperkenalkan sebagai aspek seni bahasa.
"Besarlah harapan saya agar isu ini tidak dipolitikkan, sebaliknya marilah kita menjadikan pendidikan sebagai wadah utama perpaduan rakyat Malaysia selaras dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 21 2019
Maszlee berkata, tulisan jawi bukan merupakan suatu mata pelajaran atau subjek, tetapi diperkenalkan sebagai aspek seni bahasa. - Gambar fail/Astro AWANI
Pembinaan 'water intake' kedua diluluskan tangani isu air di Papar - Hajiji
Ia bagi mengelakkan penerobosan air masin berulang sehingga memaksa penutupan sepenuhnya LRA EWSS.
Musk pertahan diri ambil dadah
ELON Musk menganggap penggunaan dadah oleh dirinya sendiri memberi manfaat kepada pelabur Tesla dalam satu temu bual disiarkan pada Isnin.
KKDW laksana pemasangan lampu LED solar jalan kampung tahun ini - Rubiah Wang
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bersetuju melaksanakan projek pemasangan lampu LED solar di bawah projek Lampu Jalan Kampung (LJK) bermula tahun ini.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS menjelang keputusan mengenai kadar faedah
Pada 6 petang, ringgit turun kepada 4.7350/7390 berbanding dolar AS daripada 4.7165/7195 semasa ditutup semalam.
PAC kemuka lima syor selesai isu dua projek pembangunan di bawah LADA
PAC mengemukakan lima perkara kepada Kementerian Kewangan (MOF) dan LADA untuk dilaksanakan bagi menyelesaikan isu pajakan Hotel St. Regis Langkawi dan projek Perkampungan Tok Senik Resort.
AWANI 7:45 [19/03/2024] - Titah tindakan paling keras | Tangani isu beras | Had laju kekal
- Isu kalimah Allah: Agong murka, TMJ gesa tindakan tegas.
- Kerajaan tidak bercadang tambat ringgit buat masa ini.
- Skim baharu tangani isu bekalan beras diumum dua tiga hari lagi.
- Cuaca panas, kebenaran khas kepada murid guru berpakaian sukan.
- Kerajaan tidak bercadang tambat ringgit buat masa ini.
- Skim baharu tangani isu bekalan beras diumum dua tiga hari lagi.
- Cuaca panas, kebenaran khas kepada murid guru berpakaian sukan.
RUU Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2024 dibentang kali pertama
RUU bagi meminda Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2013 (Akta 743) itu dibentangkan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh.
Bursa Malaysia ditutup rendah, akhiri kenaikan tiga hari berturut-turut
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) jatuh 8.68 mata kepada 1,544.96 daripada 1,553.64 semasa ditutup pada Isnin.
Kerajaan sudah bayar RM48.06 bilion hutang 1MDB
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan memberitahu, jumlah itu termasuk bayaran AS$3 bilion (RM14.2 bilion) yang dibuat pada Mac 2023 menerusi Belanjawan 2023.
AWANI Tonight: Govt has no plans to peg ringgit – Finance Minister
Second Finance Minister Datuk Seri Amir Hamzah Azizan says the government has no plans to peg the ringgit as the current economic situation is unlike 1998, when the currency was last pegged.
Cuaca panas: Kebenaran khas murid, guru pakai pakaian sukan - KPM
Semua institusi pendidikan diminta memberi pertimbangan kebenaran khas kepada murid, guru dan kumpulan pelaksana memakai pakaian sukan semasa cuaca panas.
Pengusaha taska wajib patuh garis panduan pastikan keselamatan kanak-kanak
Pengusaha Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) yang berdaftar diwajibkan mematuhi garis panduan dalam Program Advokasi Perkhidmatan Taska bagi memastikan keselamatan kanak-kanak sentiasa diutamakan.
Akta Media Sosial perlu dinamik, merentas masa - Pakar
Akta-akta sedia ada boleh dimanfaatkan untuk mengawal penggunaan media sosial dalam kalangan kanak-kanak.
Jemputan sertai program di sekolah perlu patuhi garis panduan - Fadhlina
Tiada halangan untuk sesiapa sahaja hadiri program di sekolah, namun perlu patuhi garis panduan selain mendapat pengesahan dan kebenaran KPM.
Garis panduan, kod etika guna AI siap 90 peratus - MOSTI
Garis panduan governan dan kod etika bagi teknologi kecerdasan buatan (AI) sudah memasuki fasa akhir pembangunan dengan status pencapaian 90 peratus.
MOSTI bakal lancar Kod Etika dan Pentadbiran Kecerdasan Buatan - Lih Kang
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan melancarkan Kod Etika dan Pentadbiran Kecerdasan Buatan (AIGE) dalam masa terdekat.
Kerajaan cadang hantar pelajar Malaysia ikuti TVET di China - Ahmad Zahid
Kerajaan berhasrat menghantar pelajar Malaysia mengikuti pengajian dalam bidang TVET di China selaras dengan Dasar Pandang Ke Timur 2.0.
SC umum garis panduan baharu mengenai kategori pelabur sofistikated
Ia mengukuhkan komitmen SC untuk mengekalkan daya saing dan kerancakan pasaran modal, sambil menggalakkan penyertaan lebih ramai pelabur.
Tiada arahan majlis konvokesyen tabika, Taska Kemas dianjur di hotel
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah tidak pernah mengeluarkan arahan untuk Tabika dan Taska Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) mengadakan majlis konvokesyen di hotel.
Isu pemilikan akaun kanak-kanak bawah umur akan dibincang dengan TikTok - Fahmi
Garis panduan komuniti TikTok menyatakan kanak-kanak bawah usia 13 tahun tidak dibenarkan untuk membuka akaun di platform itu.