NATIONAL
Panggung wayang, pusat urut dibenarkan beroperasi di Sabah

Panggung wayang serta pusat kecantikan dan kesihatan di Sabah dibenarkan memulakan operasi berkuatkuasa serta-merta. - Gambar fail
Panggung wayang serta pusat kecantikan dan kesihatan di Sabah dibenarkan memulakan operasi berkuakuasa serta-merta.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, pembukaan beberapa sektor itu susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di bawah Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit secara berperingkat di negeri itu.
"Kerajaan negeri memutuskan untuk membenarkan pengendali aktiviti-aktiviti panggung wayang, solekan, dandanan rambut, rawatan muka, tata rias kuku serta refleksologi dan urut," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Tambah Mohd Shafie, waktu operasi perniagaan hendaklah dijalankan seperti biasa tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia dan pihak berkuasa tempatan (PBT).
"Kerajaan negeri mengingatkan rakyat di Sabah untuk terus mengamalkan penjarakan sosial, memakai pelitup hidung dan mulut serta menggunakan cecair penyahkuman dalam semua urusan bagi memastikan keselamatan diri, keluarga dan komuniti bagi membendung penularan COVID-19.

Sabah hari ini menjalankan satu kes saringan pra pembedahan di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS).
Kementerian Kesihatan Malaysia juga memaklumkan satu kluster telah dikenal pasti berkaitan dengan kes kematian ke-120 (iaitu kes ke-8403) di negeri itu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami