awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bergaduh: Tiga sekeluarga, seorang artis Singapura didakwa
Cakra Khan, Hafiz Suip antara artis undangan Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza
Dokumen palsu: Bekas pengarah, penggiat seni dipenjara 6 bulan, denda RM10,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Panglima Angkatan Tentera nafi nota suara kononnya anggota ATM diberi kuasa pukul orang awam

Astro Awani
Astro Awani
21/03/2020
10:40 MYT
Panglima Angkatan Tentera nafi nota suara kononnya anggota ATM diberi kuasa pukul orang awam
Jeneral Tan Sri Affendi Buang TUDM nafi rakaman nota suara kononnya anggota tentera diberi kuasa pukul orang awam dan mesej mohon bantuan veteran ATM menguatkuasa perintah kawalan pergerakan diguna pakai ATM bagi bantu PDRM.
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang TUDM nafi rakaman nota suara kononnya anggota tentera diberi kuasa pukul orang awam dan mesej mohon bantuan veteran ATM menguatkuasa perintah kawalan pergerakan diguna pakai ATM bagi membantu PDRM menguatkuasa perintah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Beliau meminta semua pihak berhenti menyebarkannya serta-merta bagi mengelak pelbagai spekulasi dan suasana panik dalam kalangan rakyat.
Justeru, beliau menegaskan, mana-mana individu yang didapati menyebarkan berita palsu boleh didakwa di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.
"Masyarakat juga tidak perlu bimbang apabila melihat kehadiran anggota ATM daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan iaitu darat, laut dan udara kerana ini merupakan tugas sekunder ATM pada waktu aman iaitu berperanan membantu pihak berkuasa awam dalam memelihara keamanan negara.
"Sebaliknya, orang ramai perlu bekerjasama dalam mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan agar usaha membendung penularan COVID-19 dapat dilaksanakan sebaik mungkin," ujar beliau.
Rakaman nota suara dan mesej informasi yang tular menerusi aplikasi WhatsApp dan lain-lain medium media sosial adalah seperti berikut:
“Assalamualaikum, Selamat Petang semua sekali, saya nak telefon sorang-sorang saya tak mampu. Jadi saya maklum dalam group ni jelah. Kami semua sekali angkatan tentera dah buat persiapan. Nampaknya kalau sesiapa yang melanggar arahan Perintah Kawalan ni dengan tak cakap banyak terus pukul ......”- berdurasi 39 saat.
"Pihak Kementerian Pertahanan akan Memohon Bantuan Veteran Tentera ketiga-tiga perkhidmatan untuk membantu pihak berkuasa dan negara bagi menjalankan Peraturan Perintah Kawalan Pergerakan orang awam seluruh negara.”
Topic Berkaitan
#COVID19
#koronavirus
#Media
#media sosial
#PDRM
#rakyat
#tentera
#TUDM
#WhatsApp
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan