awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Papagomo cuba diserang sekumpulan lelaki di KKIA

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
19/01/2020
15:41 MYT
Papagomo cuba diserang sekumpulan lelaki di KKIA
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 itu, Wan Muhammad Azri dikatakan dihampiri lebih 10 lelaki yang menuntutnya supaya meminta maaf atas tindakannya ketika berkempen tempoh hari.
Perkarangan balai pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) kecoh seketika dengan insiden Exco Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau dikenali Papagomo yang cuba diserang oleh sekumpulan lelaki.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 itu, Wan Muhammad Azri dikatakan dihampiri lebih 10 lelaki tidak dikenali.
Insiden tersebut berlarutan dengan sekumpulan lelaki itu cuba bertindak agresif dan berlaku adengan tolak menolak sebelum dileraikan pihak polis.
Beberapa video turut diambil oleh orang awam itu yang secara kebetulan berada di KKIA, sebelum tular di laman sosial.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan kejadian tersebut.
"Berlaku insiden tolak menolak antara sekumpulan lelaki berkenaan dengan Papagomo namun berjaya dileraikan dengan kehadiran pihak polis.
"Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan belum ada sebarang laporan polis dibuat setakat ini," katanya.
Ketika merujuk kejadian tersebut, Habibi menegaskan kepada orang ramai supaya tidak melakukan sebarang tindakan melanggar undang-undang.
Terdahulu, Papagomo dikatakan menyertai rombongan Pemuda UMNO dari Semenanjung tiba di KKIA untuk berlepas ke Kuala Lumpur sekitar jam 8 malam tadi.
Ahli Pemuda UMNO itu berada di Sabah untuk berkempen dan membantu calon Barisan Nasional (BN) di PRK Kimanis.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Exco Pemuda UMNO
#KKIA
#Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu
#Papagomo
#Polis Daerah Kota Kinabalu
#PRK Kimanis
#Wan Muhammad Azri Wan Deris
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan