Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Paras air dua empangan di Pulau Pinang kritikal

Paras air dua empangan di Pulau Pinang kritikal
Paras air di dua Empangan utama di Pulau Pinang iaitu Empangan Air Itam dan Empangan Teluk Bahang berada jauh lebih rendah daripada kapasiti efektif biasa disebabkan oleh musim kemarau yang melanda negeri ini ketika tinjauan di Empangan Teluk Bahang
GEORGE TOWN: Paras air mentah di dua empangan utama di Pulau Pinang kini berada pada paras kritikal ekoran musim kemarau yang melanda.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Datuk Ir Jaseni Maidinsa, berkata simpanan air di Empangan Air Itam kini berada pada tahap 62 peratus sementara Empangan Teluk Bahang 39.5 peratus.

Jumlah hujan yang rendah serta perubahan iklim adalah sebab utama penurunan dramatik di dua empangan itu dan keadaan ini dijangka berlarutan hingga akhir Mac ini.

“Kapasiti efektif dua empangan utama di Pulau Pinang jauh lebih rendah daripada biasa disebabkan oleh jumlah hujan yang rendah tahun lepas.
“Sehingga semalam kapasiti efektif Empangan Air Itam dan Empangan Teluk Bahang adalah seperti berikut: Empangan Air Itam, 62 peratus, Empangan Teluk Bahang 39.5 peratus,” katanya.

Menurut rekod jumlah hujan di Empangan Air Itam antara September dan Disember lalu adalah 701 milimeter atau 44.5 peratus berbanding purata 1,732 milimeter sepanjang tiga tahun sebelum itu.
Manakala jumlah hujan di Empangan Teluk Bahang direkodkan sebanyak 1,732 milimeter iaitu bersamaan 55.9 peratus bagi tempoh sama.

Pihak PBAPP juga telah mengambil langkah mengoptimumkan pengeluaran air terawat di loji rawatan air sungai dua bagi memenuhi permintaan air sepanjang musim perayaan.

Sehubungan itu, pbapp minta kerjasama semua pengguna untuk menggunakan air secara berhemah.



Tag: empangan utama di Pulau Pinang, empangan, paras kritikal, musim kemarau, Pulau Pinang, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang, PBAPP, Jaseni Maidinsa, Empangan Air Itam, Empangan Teluk Bahang



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.