awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parlimen bubar hari ini

Bernama
Bernama
06/04/2018
20:37 MYT
Parlimen bubar hari ini
Susulan pembubaran Parlimen, lima negeri turut mengumumkan pembubaran DUN masing-masing berkuat kuasa hari ini. - Gambar hiasan
Parlimen dibubarkan hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Pembubaran itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V.
Bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan serentak, Perdana Menteri menasihati semua ketua kerajaan negeri untuk mendapatkan perkenan Sultan dan Yang Dipertua Negeri untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing, kecuali Sarawak yang telah mengadakan pilihan raya negeri pada 7 Mei 2016.
BACA: Parlimen bubar esok, ini apa yang anda perlu tahu
BACA: Kalam akhir PM Najib bagi Parlimen ke-13
BACA: Menteri-menteri Kabinet beri ucapan terakhir sempena pembubaran esok
Susulan pembubaran itu, lima negeri - Sabah, Perlis, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka - turut mengumumkan pembubaran DUN masing-masing berkuat kuasa hari ini.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata beliau telah menerima Proklamasi Perisytiharan Pembubaran Parlimen ke-13 daripada Najib berdasarkan Perkara 55 (2) Perlembagaan Persekutuan.
Pandikar berkata urusan bagi mengadakan PRU14 adalah di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Sementara itu, Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah mengesahkan telah menerima notis pembubaran itu melalui e-mel untuk mengadakan mesyuarat khas bagi menentukan tarikh-tarikh penting PRU14.
Sejumlah 14.9 juta pemilih berdaftar layak mengundi pada PRU14 berdasarkan kepada Daftar Pemilih Suku Keempat 2017.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#DUN
#kabinet
#kerajaan
#MalaysiaMemilih
#mengundi
#menteri
#Mesyuarat Khas
#Najib Razak
#Pandikar Amin Mulia
#pembubaran Parlimen
#pilihan raya umum
#proklamasi
#PRU14
#SPR
#Suruhanjaya Pilihan Raya
#undi
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan