Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menerima amaran akhir daripada Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming kerana menggunakan perkataan kesat ketika berucap di Dewan Rakyat, hari ini.
Situasi itu berlaku apabila Rayer menggunakan perkataan ‘kepala bapak’ ketika berucap di Dewan Rakyat didakwa dituju kepada pimpinan BN kerana gagal membela kebajikan anggota polis.
“IPD Timur Laut merupakan yang terbesar di Pulau Pinang di mana anggota polis menggunakan kipas angin kerana penghawa dingin telah rosak tidak diperbaiki sejak lima tahun lalu kerana tidak ada wang.
“Tapi isteri Pekan masih boleh mengimport intan dan berlian masuk ke Malaysia tanpa GST, anggota polis yang kawal keselamatan di Malaysia tidak diberi perhatian, kononnya BN membela anggota polis dan tentera ‘kepala bapak mereka,” kata Rayer ketika bangkit mencelah ucapan pergulungan titah Agong oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Azis Jamman.
Kenyataan itu sekali gus menimbulkan ketegangan dan kemarahan pimpinan BN yang berada di dalam dewan.
Ahli Parlimen Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid dengan tegas mendesak perkataan ‘kepala bapak’ itu ditarik balik.
“YB Jelutong ada di dewan ini sudah tiga minggu tapi saya perhati beliau kerap guna perkataan kadang-kadang kurang ajar dan biadap.
“Saya minta beliau tarik balik perkataan kepala bapak, soal nak bela anggota polis itu tidak ada masalah tapi jangan guna perkataan yang boleh menyinggung perasaan orang lain, berhujah guna fakta,” katanya.
Bagaimanapun Rayer kemudian mempertahankan tindakannya dengan mengatakan Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak juga pernah melakukan perkara sama.
“Saya hanya ikut Pekan, saya tidak akan tarik balik,” katanya.
Pada masa sama, ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar turut mendesak Rayer menarik balik perkataan ‘kepala bapak’ itu.
“Saya dari Tanjong Karang, saya bela polis Tanjung Karang dengan memberi peruntukan untuk naik taraf balai polis, jangan beri contoh satu tempat sahaja tengok keseluruhan, kita buat Balai Polis Sungai Petani semasa saya menjadi timbalan menteri, jangan biadap, saya tengok YB memang kurang ajar,” katanya.
Susulan itu, Kor Ming mengarahkan Rayer menarik balik kenyataan kurang sopan tersebut.
“Saya memperhalusi pendebatan Jelutong, niat Jelutong baik membangkitkan isu kebajikan anggota polis tetapi perkataan yang ditutur kurang sopan itu saya minta tarik balik perkataan kepala bapak.
“Perkataan dituntut tidak senonoh dengan kemulian Dewan Rakyat, wajib kita elakkan, kita beri peluang Jelutong orang baharu, harap beliau balajar dengan cepat, orang berbudi kita berbahasa dan hari ini saya maafkan, jangan ulang lagi, jangan paksa saya guna kuasa saya ambil tindakan,” katanya.
Sinar Harian
Tue Jul 31 2018
RSN Rayer menerima amaran akhir daripada Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming kerana menggunakan perkataan kesat ketika berucap di Dewan Rakyat, hari ini. -Gambar fail
Pelaksanaan SKDS 2.0 bantu elak ketirisan, seludup diesel berterusan
Pelaksanaan Pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) bersama Industri Pengangkutan Barangan merupakan langkah dalam mewujudkan persekitaran kondusif bagi mengelak ketirisan.
Nahas helikopter Lumut: Pengamal media, orang ramai digesa tidak sebar video insiden
Beliau berkata dalam situasi sekarang, orang ramai seharusnya menghormati waris dan keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas itu kerana video tersebut akan memberi kesan kepada mereka.
Nestlé Malaysia kembali perkenal peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup, bantu penuhi impian rakyat Malaysia
Nestle Malaysia memperkenalkan semula peraduan Nestle Gaji Seumur Hidup sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat dan menyumbang kepada komuniti tempatan.
Wanita simbah OKU dengan air panas dipenjara 10 tahun, hakim sifatkan kejam
Mahkamah menyifatkan perbuatan seorang wanita yang menyimbah air panas terhadap lelaki sindrom Down sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Malaysia kecam serangan Israel di Rafah
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan menjelaskan situasi di Rafah amat membimbangkan mengambil kira risiko bencana kemanusiaan yang tinggi.
Tunjuk perasaan pelajar AS gesa genjatan senjata Gaza
Polis menahan puluhan individu dalam perhimpunan pro-Palestin di Universiti Yale pada Isnin
Perkembangan terkini nahas helikopter TLDM di Lumut
Wartawan, Umavathi Ramayah membawakan perkembangan semasa nahas helikopter di Lumut.
Penyiasatan melalui data sistem pemantauan penerbangan
Ketua Unit Penerbangan Mencari dan Menyelamat, Prof Madya MEJAR Dr Mohd Harridon Suffian, berkata usaha mengenalpasti data penting akan ditumpukan oleh pasukan mencari dan menyelamat bagi melengkapkan siasatan berhubung nahas.
Latihan lintas hormat udara perlu ketepatan masa dan trajektori
Pandangan itu dikongsikan Ketua Unit Penerbangan Mencari dan Menyelamat, Institut Teknologi Penerbangan UniKL, Prof Madya Mejar Dr Mohd Harridon Suffian sewaktu diminta mengulas antara punca yang boleh diramal susulan insiden dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak pagi ini.
Anwar ucap takziah, kehilangan besar buat negara
Ujarnya, negara berdukacita dengan tragedi yang menyayat hati dan meruntun jiwa membabitkan nahas tersebut.
UNDP, Malaysia teruskan kerjasama pemantapan institusi legislatif, pembangunan bakat dan belia
Johari dan Xu terlibat dalam perbincangan yang membuahkan hasil positif dalam pelbagai bidang khususnya mengenai pemerkasaan Parlimen.
Enam Ahli Parlimen Bersatu tidak perlu kosongkan kerusi - Nazri
Beliau menegaskan perkara itu merupakan asas utama akta tersebut dicadangkan dan dibentangkan di parlimen pada tahun 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 27 Mac 2024.
Dewan Rakyat ditangguh selepas 19 hari bersidang
Persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 melabuhkan tirai hari ini selepas 19 hari bersidang bermula 26 Feb lepas.
Parlimen: 2.1 juta murid manfaatkan penggunaan DELIMa
Inisiatif itu mengandungi pelbagai perkhidmatan, aplikasi dan kandungan yang ditambah baik secara berterusan sesuai dengan perkembangan teknologi yang terkini.
Trend serangan siber meningkat - Gobind
Bagaimanapun katanya, terdapat perkembangan positif direkodkan pada 2023 apabila hanya 3,232 kes dilaporkan kepada NACSA.
Parlimen: Cadangan pindaan Akta Rukun Tetangga sedang dikemas kini - Saraswathy
Beliau berkata pindaan itu akan memberikan lebih fokus kepada inisiatif rukun tetangga yang sedang dilaksanakan pada masa ini.
Parlimen: Hasil kerajaan diunjur meningkat kepada RM312.2 bilion pada 2024
Hasil kerajaan Persekutuan pada tahun ini diunjurkan meningkat kepada RM312.2 bilion selepas mengambil kira langkah cukai Belanjawan 2024, disumbangkan kutipan hasil cukai yang lebih tinggi.
265 taska tempat kerja berdaftar dengan JKM tahun lepas
Sebanyak 265 taman asuhan kanak-kanak (Taska) di tempat kerja berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh negara sepanjang tahun lepas membabitkan agensi kerajaan dan swasta.
Gaji guru Pasti: Semua kena patuh Akta Kerja 1955 - KPM
Sebelum ini, tular satu memo daripada JTKSM mengenai arahan siasatan pemeriksaan berkanun terhadap Pasti.