awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPKT keluarkan peringatan akhir susulan penguatkuasaan perintah khidmat masyarakat
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Batik ecoprint hasil karya anak didik Cikgu Hadi curi tumpuan di Festival Kraf Johor 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parlimen: Wanita BN ucap tahniah, bangga pelantikan Azalina sebagai Timbalan Speaker

Bernama
Bernama
13/07/2020
20:30 MYT
Parlimen: Wanita BN ucap tahniah, bangga pelantikan Azalina sebagai Timbalan Speaker
Azalina dilantik Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat pada Persidangan Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Majlis Parlimen Ke-14 di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, 13 Julai, 2020. -- fotoBERNAMA
Pengerusi Wanita Barisan Nasional (BN) Datuk Dr Noraini Ahmad mengucapkan tahniah kepada Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said atas pelantikannya sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Noraini yang juga Menteri Pengajian Tinggi menzahirkan ucapan itu menerusi hantaran di akaun Facebook rasminya, berkata buat julung kalinya Dewan Rakyat memilih seorang wanita untuk memegang jawatan itu.
"Terukir juga dalam catatan sejarah, apabila Parlimen dan Kerajaan mengangkat dan memperkasa peranan wanita sehingga ke peringkat ini dalam sebahagian kumpulan pembuat polisi.
"Wanita UMNO dan BN sangat berbangga dengan pencapaian ini dan mendoakan beliau (Azalina) diberi rahmat dan perlindungan Allah sepanjang menjalankan tugas ini," katanya.
Terdahulu dalam persidangan Dewan Rakyat pada Isnin, Azalina dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi menggantikan Ahli Parlimen Teluk Intan Nga Kor Ming yang meletak jawatan pada hari yang sama.
Azalina dipilih memegang jawatan itu mengikut Peraturan Mesyuarat 6 (2) yang dibaca bersama Peraturan 4 (1), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat yang diusulkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azalina Othman Said
#Barisan Nasional
#Dewan Rakyat
#Facebook
#kumpulan pembuat polisi
#noraini ahmad
#Parlimen
#sejarah
#Timbalan Speaker
#Timbalan Yang DiPertua
#UMNO
#wanita
#Wanita UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan