awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pokok tumbang: ETS laluan Sungkai-Slim River kembali beroperasi guna satu landasan - KTMB
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pas cadang Jawatankuasa Khas Parlimen digantung

Sinar Harian
Sinar Harian
07/06/2019
09:37 MYT
Pas cadang Jawatankuasa Khas Parlimen digantung
Tuan Ibrahim (tengah) berkata, tidak dapat dinafikan daripada sudut undang-undang, keputusan Dr Mahathir melantik Latheefa tanpa sebarang perbincangan adalah prerogatif beliau.
Pas mencadangkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Untuk Melantik Jawatan-Jawatan Utama Perkhidmatan Awam digantung sehingga Pakatan Harapan (PH) menghormati janjinya sendiri.
Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pelantikan Latheefa Beebi Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuktikan jawatankuasa tersebut tidak memainkan peranannya.
“Tidak dapat dinafikan daripada sudut undang-undang, keputusan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melantik Latheefa tanpa sebarang perbincangan adalah prerogatif beliau.
“Memandangkan nasi sudah menjadi bubur, Pas berharap Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru dapat membuktikan kebolehan beliau,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah Ahli Parlimen Kubang Kerian itu, sebagai salah seorang ahli jawatankuasa tersebut, beliau mencadangkan jawatankuasa itu digantung serta-merta.
“Ia memandangkan sekali lagi kerajaan PH tidak dapat mengambil serius dan menghormati manifesto dan janji mereka sendiri. Perlu diingat manifesto PH menyatakan, lantikan awam utama perlu melalui jawatankuasa itu.
“Mereka turut berjanji agar tiada lagi lantikan politik dalam jawatan perkhidmatan awam,” tegas beliau.
Ujarnya lagi, manifesto tersebut turut menyatakan bahawa Dr Mahathir akan memberi laluan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri apabila tiba waktunya nanti.
“Malangnya di dalam episod ini, PH sekali lagi memahat ke sanubari rakyat bahawa janji mereka tidak boleh diambil secara serius,” katanya.
Latheefa dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu berkuat kuasa 1 Jun lalu selepas Datuk Seri Mohd Shukri Abdull menamatkan kontraknya lebih awal.
Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan memaklumkan pelantikan Latheefa adalah untuk tempoh kontrak dua tahun dan telah diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Kenyataan itu juga menyebut Seri Paduka Baginda turut memperkenankan permohonan Mohd Shukri untuk memendekkan tempoh kontrak beliau yang sepatutnya berakhir 17 Mei 2020.
Topic Berkaitan
#gantung
#janji
#Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen
#Ketua Pesuruhjaya
#kontrak dua tahun
#lantikan awam
#lantikan politik
#Latheefa Beebi Koya
#Latheefa Koya
#Mahathir Mohamad
#Manifesto
#Pakatan Harapan
#PAS
#prerogatif
#SPRM
#Tuan Ibrahim Tuan Man
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan