awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tanah ladang komersial FELDA-Terengganu hampir selesai - Ahmad Zahid
Kenaikan 300 peratus peruntukan Jalan Persekutuan bukti komitmen Kerajaan MADANI - Nanta
Sinergi kerajaan, industri pastikan keperluan Ramadan kekal mampu milik - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pas gesa tubuh RCI rungkai peristiwa Memali

Bernama
Bernama
14/10/2017
10:07 MYT
Pas gesa tubuh RCI rungkai peristiwa Memali
TUAN IBRAHIM: Pas melihat isu ini belum selesai walaupun pernah dibentangkan di Parlimen.
Pas menggesa kerajaan menubuhkan segera Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat peristiwa hitam Memali pada 1985.
Timbalan Presiden parti Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata ini kerana sehingga kini isu Memali menimbulkan pelbagai kenyataan yang mengelirukan dan satu siasatan yang adil dan telus perlu dijalankan bagi membongkar peristiwa itu.
"Pas melihat isu ini belum selesai walaupun pernah dibentangkan di Parlimen, jadi sebab itulah jalan penyelesaian adalah dengan menubuhkan RCI," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat di sini, hari ini.
Beliau berkata, parti melalui Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia PAS (LUHAM) akan mengadakan satu majlis penjelasan berkenaan isu tersebut pada 19 Nov ini di Memali, Kedah bersempena ulang tahun peristiwa itu.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 24 Ogos lalu selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO berkata, kerajaan tidak menolak kemungkinan untuk menubuhkan RCI berkaitan peristiwa Memali bagi mengetahui kebenaran, fakta dan sekiranya ia boleh mendatangkan kebaikan.
Beliau berkata, pada masa ini kerajaan menunggu reaksi masyarakat termasuk yang terlibat dalam peristiwa itu sebelum membuat sebarang keputusan muktamad mengenainya.
Dalam peristiwa Memali pada 19 Nov 1985, 18 orang termasuk empat anggota polis terbunuh dan ramai lagi cedera ketika polis melancarkan operasi menangkap seorang guru, Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan nama Ibrahim Libya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#memali
#Parlimen
#PAS
#RCI
#suruhanjaya siasatan
#Tuan Ibrahim Tuan Man
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan