awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP: KPDN Pulau Pinang tempatkan 137 pegawai penguat kuasa, 60 pegawai pemantau
Tiga empangan di Pulau Pinang catat kapasiti lebih 90 peratus menjelang musim kering
APEC: Permintaan elektrik di negara anggota diunjur melonjak menjelang 2060
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pas sedia disiasat jika ahli terlibat dengan LTTE

Bernama
Bernama
15/10/2019
15:39 MYT
Pas sedia disiasat jika ahli terlibat dengan LTTE
SAMSURI: Sebarang isu yang melibatkan keselamatan, sesiapa sahaja daripada mana-mana parti pasti akan berhadapan dengan siasatan kerana ia melangkaui aspek politik. - Gambar fail/Sinar Harian
Pas bersedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa sekiranya ada ahli parti itu terlibat dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).
Naib Presidennya, merangkap Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata Pas sentiasa terbuka untuk sebarang siasatan lebih-lebih lagi melibatkan isu keselamatan dan memberi ancaman kepada negara.
"Sebarang isu yang melibatkan keselamatan, sesiapa sahaja daripada mana-mana parti pasti akan berhadapan dengan siasatan kerana ia melangkaui aspek politik.
"Jadi kita serah kepada pihak polis untuk lakukan siasatan pada mereka yang disyaki," katanya kepada pemberita selepas Kongres Biasa Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), di sini, hari ini.
Sebuah portal hari ini melaporkan bahawa salah seorang daripada 12 suspek yang ditahan minggu lalu kerana disyaki memberi sokongan kepada LTTE, adalah ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).
Bagaimanapun, perkara itu dinafikan oleh Ketua DHPP, N Balasubramaniam dalam satu kenyataan media yang menjelaskan bahawa individu berkenaan ada memohon untuk menyertai DHPP beberapa bulan sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 tetapi telah menghantar surat keluar parti pada 21 Mei 2018.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Samsuri Mokhtar
#Harimau Pembebasan Tamil Eelam
#kumpulan pengganas
#LTTE
#Menteri Besar Terengganu
#Naib Presiden Pas
#PAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan