awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAS tidak terburu-buru sertai pakatan pembangkang diketuai Dr Mahathir

Bernama
Bernama
15/07/2016
09:52 MYT
PAS tidak terburu-buru sertai pakatan pembangkang diketuai Dr Mahathir
Abdul Hadi (gambar) menyifatkan pakatan baharu itu sebagai sebuah bahtera yang kelam kabut kerana hanya berhasrat mahu menumbangkan kerajaan sedia ada. -Gambar fail
PAS tidak akan terburu-buru membuat keputusan untuk menyertai pakatan pembangkang baharu yang akan diterajui bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan pakatan baharu itu sebagai sebuah bahtera yang kelam kabut kerana hanya berhasrat mahu menumbangkan kerajaan sedia ada.
"PAS ada jawatankuasa pusat, jawatankuasa politik dan Majlis Syura Ulama yang akan meneliti dengan terperinci berhubung tindakan PAS sama ada mahu menyertai pakatan itu atau tidak," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguan di Rusila di sini hari ini.
Semalam, Dr Mahathir mengumumkan satu pakatan pembangkang yang melibatkan sebuah parti baharu, PKR, DAP dan Amanah akan ditubuhkan untuk menentang Barisan Nasional pada PRU14 akan datang.
Ditanya mengenai kenyataan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man untuk parti itu kembali menjalin kerjasama dengan PKR dan DAP dalam memastikan kemenangan pada pilihan raya akan datang, Abdul Hadi menjelaskan PAS sentiasa berbaik dengan semua pihak termasuk kerajaan.
Mengulas lanjut, beliau berkata PAS hanya akan bekerjasama dengan pihak yang mahukan perubahan ke arah yang lebih baik dan menyokong dasar serta perjuangan PAS dalam menegakkan syiar Islam di negara ini.
Topic Berkaitan
#Dr Mahathir
#HADI AWANG
#pakatan pembangkang baharu
#PAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan