awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasangan kekasih ikat tali pertunangan di pemindahan sementara

Astro Awani
Astro Awani
13/01/2018
11:46 MYT
Pasangan kekasih ikat tali pertunangan di pemindahan sementara
Siti Noor Hidayah terpaksa meneruskan majlis itu kerana telah diatur sejak tahun lalu. - Gambar Astro AWANI
Keadaan banjir di Mersing bukan penghalang buat dua kekasih mengikat tali pertunangan.
Malah, majlis pertunangan itu berlangsung serba ringkas dan sederhana di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Tenglu.
Pihak perempuan dari Kampung Tenglu Besar, Siti Noor Hidayah Mohd Yusoff berkata, keluarga tidak mahu menangguh majlis pertunangan itu walaupun terpaksa dibuat di PPS.
“Kami tidak boleh tangguh, kena teruskan juga buat di sini dengan apa yang ada. Perasaan bercampur-baur. Ada gembira, reda dan tabah,” katanya ketika ditemui Astro AWANI di sini hari ini.
Pasangan kekasih mengikat tali pertunangan di pusat pemindahan sementara SK Tenglu.
Pasangan kekasih mengikat tali pertunangan di pusat pemindahan sementara SK Tenglu.
Tambah Siti Noor Hidayah, perbincangan mengenai tarikh pertunangan telah dirancang pada November tahun lalu.
Katanya dia sudah memaklumkan kepada pihak lelaki yang berada di Johor Bahru tentang keadaan rumah yang dinaiki air paras dada.
Sementara itu, ibu pihak perempuan, Norina Normat berkata semua persiapan yang telah dibuat termasuk pelamin tunang, musnah dalam banjir.
Katanya hantaran yang dibuat untuk pihak lelaki pula hanya menggunakan barang sedia ada kerana hantaran yang siap sebelum banjir turut rosak.
“Memang susah sebab kita sudah buat persiapan dari awal tetapi terpaksa berpindah dan barang-barang hantaran semua rosak. Hanya dapat selamatkan sedikit sahaja.
“Saya cuba doakan perkara ini berjalan lancar dan pasangan kekal ke syurga,” katanya.
Sementara itu, perkembangan banjir di Johor setakat jam 6 petang tadi meningkat dengan satu pusat pemindahan baru dibuka di Kota Tinggi.
Topic Berkaitan
#banjir
#Kekasih
#majlis pertunangan
#pertunangan
#Pusat Pemindahan Sementara
#Sekolah Kebangsaan Tenglu
#tunang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan