Zoo Negara tidak menolak kemungkinan untuk membiarkan pasangan panda gergasi, Xing Xing dan Liang Liang mengawan buat kali kedua selepas anak haiwan itu, Nuan Nuan pulang ke China, sebelum hujung tahun ini.
Pengarah Zoologi dan Veterinar Zoo Negara Dr Mat Naim Ramli bagaimanapun berkata, ini bergantung pada keinginan pasangan panda gergasi itu untuk mengawan ketika tempoh kesuburan, antara April hingga Mei.
"Oleh kerana pasangan panda hanya akan melalui proses pengawanan sekali sahaja dalam setahun iaitu dari April hingga Mei, kami perlu memantau gerak-geri pasangan itu terlebih dahulu sebelum diletakkan sekali dalam satu sangkar.
"Sekiranya berjaya dan anak kedua mereka dilahirkan, anak panda tersebut akan melalui proses yang sama seperti Nuan Nuan untuk dihantar pulang ke China selepas umurnya genap dua tahun," katanya kepada pemberita selepas Sambutan Hari Jadi ke-11 Pasangan Panda Gergasi itu di Pusat Konservasi Panda Gergasi (GPCC), hari ini.
Turut hadir Duta Besar China ke Malaysia, Dr Huang Huikang; Presiden Zoo Negara Datuk Zaharin Md Arif; dan Timbalan Presidennya Rosly@Rahmat Ahmat Lana.
Dr Mat Naim berkata GPCC mencipta sejarah apabila Xing Xing dan Liang Liang berjaya melahirkan anak panda luar daripada China dalam tempoh terpantas di dunia iaitu dalam tempoh setahun selepas ketibaan mereka dari Chengdu pada tahun 2014.
"Jika dilihat di zoo-zoo dan pusat konservasi panda luar daripada China, mereka mungkin mengambil masa sehingga lima tahun untuk menghasilkan anak mereka," katanya.
Katanya pihaknya sejak bulan lepas, sedang cuba untuk melatih anak panda Nuan Nuan menyesuaikan diri di dalam satu sangkar khas yang akan menempatkannya ketika dihantar pulang ke China menerusi kargo,
"Sangkar khas itu akan diisi dengan makanan kegemarannya dan dilatih untuk berada di dalamnya sekurang-kurangnya enam jam sehari dalam tempoh dua bulan.
"Buat masa sekarang Nuan Nuan hanya berada di dalam sangkar khas itu tidak melebihi sejam dan kami akan terus melatihnya sehingga lebih enam jam kerana perjalanan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Chengdu mengambil masa kira-kira lima jam," katanya.
Dr Mat Naim berkata, berat badan Xing Xing kini adalah 130kg, Liang Liang 108kg manakala Nuan Nuan pula 78kg.
"Kami memberi makan sebanyak dua kali kepada haiwan ini setiap hari dan setiap kali sebanyak 30kg buluh, buah buahan dan kek panda akan disuap kepada haiwan ini pada waktu pagi dan petang," katanya.
Sementara itu, Dr Huang berkata kelahiran Nuan Nuan di Zoo Negara merapatkan lagi hubungan persahabatan antara China dengan Malaysia.
"Kerajaan China juga sangat mengalu-alukan sekiranya pasangan panda Xing Xing dan Liang Liang masih dapat melahirkan anak kedua mereka di Malaysia selepas Nuan Nuan," katanya dalam bahasa Mandarin.
Pasangan panda gergasi dari Chengdu, China itu yang sebelum ini dikenali dengan nama Fu Wa dan Feng Yi, dipinjamkan menerusi Program Perjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi dan tiba di Malaysia pada 21 Mei 2014.
Program perjanjian antara Malaysia dan China itu ditandatangani pada 2012 dan menerusinya, Malaysia berpeluang menjalankan penyelidikan konservasi berkaitan panda gergasi selain membangun serta melatih kepakaran tempatan, bagi tempoh 10 tahun.
Berdasarkan perjanjian itu pasangan panda itu akan berada di Malaysia selama tujuh tahun lagi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 23 2017
Panda gergasi, Liang Liang dan anaknya, Nuan Nuan, sedan makan kek hari jadi mereka yang dibuat daripada buluh sempena sambutan Hari Jadi Panda Gergasi di Zoo Negara hari ini. -fotoBERNAMA
PM ucap selamat raikan Good Friday, Easter Sunday kepada penganut Kristian
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut hari Good Friday dan Easter Sunday kepada seluruh penganut Kristian.
Singapura rampas 1.5 tan produk segar dan makanan proses dari Malaysia
Kira-kira 1.5 tan produk segar dan makanan diproses yang diimport secara haram dari Malaysia dirampas Agensi Makanan Singapura (SFA).
AWANI Ringkas: Jumlah hari tol percuma kekal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kemarau: KADA anggar 40,000 tan metrik hasil padi terjejas
Kawasan tersebut sangat kering, mengakibatkan tanah merekah dan tanaman rosak teruk.
Pemuda Dong warisi perniagaan buah kabung
Proses mendapatkan buah yang turut dikenali sebagai buah nau dalam kalangan masyarakat utara itu rumit dan memerlukan kesabaran tinggi.
[KOLUMNIS] Malaysia perlu bijak tangani isu diplomatik, jangan biarkan dibuli negara besar
Sekiranya Malaysia hendak mengekalkan status sebagai sebuah negara berkecuali di samping menjaga kepentingan ekonomi negara, kepimpinan negara perlu untuk mempertahankan kedaulatan negara.
Ada keperluan pinda Seksyen 21 Akta Polis - KPN
Terdapat keperluan untuk PDRM melakukan pindaan terhadap Seksyen 21 Akta Polis 1967, yang berkaitan dengan tugasan mengiring di jalan raya.
Kegiatan haram di KL: Lebih daripada seorang pegawai kanan polis dipercayai terlibat - Azam Baki
Lebih daripada seorang pegawai kanan Polis Diraja Malaysia dipercayai terlibat dalam aktiviti melindungi kegiatan haram di ibu negara, tegas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki.
Tular titah lama Sultan Nazrin di luar konteks, Pejabat Dewan Negara Perak buat laporan polis
Pejabat Dewan Negara Perak membuat laporan polis berhubung penularan kenyataan berunsur perkauman yang memetik titah diraja Sultan Perak, Sultan Nazrin Shahdalam konteks yang salah.
Bubur pedas, juadah tradisi meriahkan Ramadan di Sarawak
Setiap kali Ramadan, juadah bubur lambuk pasti menjadi 'fenomena' di Semenanjung, sejak sekian lama.
[KOLUMNIS] Malaysia perlu bijak tangani isu diplomatik, jangan biarkan dibuli negara besar
Sekiranya Malaysia hendak mengekalkan status sebagai sebuah negara berkecuali di samping menjaga kepentingan ekonomi negara, kepimpinan negara perlu untuk mempertahankan kedaulatan negara.
Piala Thomas: Rexy tidak mahu insiden di BATC 2024 berulang di Chengdu
Pada saingan BATC, skuad lelaki mengalami detik mencemaskan selepas Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong terpaksa direhatkan bagi beberapa perlawanan.
Hampir separuh penyelidik AI terbaik dunia berasal dari China
AS mengekang akses kepada cip terkini China bagi memastikan status sebagai negara dengan kemajuan teknologi terkini tidak akan dipintas.
China gesa Filipina henti pencabulan, provokasi di Laut China Selatan
Tentera Filipina pada Sabtu dakwa kapal pengawal pantai China menggunakan meriam air terhadap kapal bekalan Filipina di Laut China Selatan.
Penerbangan terus Shanghai-P.Pinang rangsang industri perniagaan, pelancongan negeri
Juneyao Airlines yang berpangkalan di Shanghai menawarkan empat penerbangan setiap minggu antara kedua-dua bandar berkenaan.
TikTok dianggar bernilai ASD100 bilion
Walaupun Bytedance bertegas akan menentang RUU ini jika diluluskan, beberapa kumpulan pelabur di Amerika Syarikat bersedia untuk membelinya.
PKS Malaysia sertai CISMEF, pameran PKS terbesar di China
Malaysia akan menjadi negara hos bersama CISMEF tahun ini dalam usaha mempercepatkan akses pasaran PKS Malaysia di China.
Pilih Malaysia sebagai hab, tembusi pasaran lebih luas - PM
Malaysia punya dasar ekonomi yang jelas dan berupaya sediakan segala fasiliti perniagaan bagi membantu lonjakkan pulangan ekonomi yang baik.
China bidas AS lulus RUU haramkan TikTok
Tindakan meluluskan RUU pengharaman TikTok adalah seperti membuli dan akan kembali 'menggigit Amerika Syarikat' sendiri.
AS lulus RUU haramkan TikTok
Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) yang bersidang pada Rabu meluluskan Rang Undang-undang (RUU) yang mengharamkan penggunaan aplikasi media sosial TikTok yang dibangunan China di negara itu.