awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APG 2025: Malaysia perlu 29 pingat lagi untuk capai sasaran
Jururawat Melayu suap makan kepada pesakit India dapat pengiktirafan KKM
Pan-gon harap insiden kad merah matangkan Harith Haiqal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PASKAL bantu tahan nelayan asing dekat Pulau Redang

Noraniza Kamsani
Noraniza Kamsani
14/05/2019
07:56 MYT
PASKAL bantu tahan nelayan asing dekat Pulau Redang
Nelayan Vietnam yang sedang leka melakukan aktiviti menangkap ikan menggunakan pukat ganding ditahan di timur laut Pulau Redang. -Foto TLDM
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berjaya menahan dua bot nelayan Vietnam yang sedang leka melakukan aktiviti menangkap ikan menggunakan pukat ganding ditahan di timur laut Pulau Redang, Terengganu, petang semalam.
Menurut Jurucakap Bahagian Komunikasi Strategik Markas Wilayah Laut 1, Tanjung Gelang, kedua-dua bot bersama 18 awak-awak dan tekong itu ditahan oleh pasukan Pasukan Khas Laut (PASKAL) TLDM yang diturunkan ke bot menggunakan kaedah fast-roping daripada helikopter.
"Menyedari kehadiran KD Pahang, kedua-dua bot tersebut dilihat cuba melarikan ke arah sempadan Zon Ekonomi Ekslusif (ZEE) Malaysia.
"Berdasarkan pemerhatian dan rakaman video oleh kru helikopter Fennec, awak-awak bot nelayan asing itu dilihat berusaha memotong tali pukat bagi memudahkan mereka melarikan diri.
"Setelah hampir 30 minit dikejar, kedua-dua bot berjaya ditahan oleh KD Pahang menggunakan pasukan PASKAL yang diturunkan ke bot-bot nelayan itu melalui kaedah fast-roping," katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.
Katanya lagi, operasi yang diketuai oleh Pegawai Geledah KD Pahang, Leftenan Abdul Hannan Abdul Rafar itu berjaya menahan 18 orang awak-awak yang dipercayai warganegara Vietnam.
"Kesemua mereka tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri. Hasil pemeriksaan, bot nelayan asing itu didapati menceroboh perairan negara dan menangkap ikan tanpa kebenaran.
"Kedua-dua bot dan semua nelayan warganegara asing itu diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Topic Berkaitan
#Abdul Hannan Abdul Rafar
#APMM
#bot nelayan Vietnam
#fast-roping
#KD Pahang
#kru helikopter Fennec
#Paskal
#pukat ganding
#Pulau Redang
#TLDM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan