Kerajaan Persekutuan akan memastikan mangsa banjir diberikan bantuan terbaik yang diibaratkan 'layanan diraja' ketika berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.
Beliau berkata pihak berkuasa telah membuat persediaan secukupnya dalam menghadapi bencana itu bagi memastikan mangsa banjir yang berlindung di PPS mendapat keistimewaan dan keselesaan berserta kemudahan-kemudahan tertentu.
"Makanan segar juga akan disediakan kepada mangsa-mangsa banjir yang tinggal di pusat pemindahan dan pelbagai kemudahan lain turut disediakan agar mereka dapat duduk dengan selesa.
"Dengan kerjasama semua pihak khususnya daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kita harap segala kelengkapan dapat disediakan dengan sempurna kepada mangsa," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Lati di sini, pada Selasa.
Turut serta melawat ialah Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Din Ahmad dan Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kelantan Zainuddin Hussin.
PPS tersebut menempatkan seramai 185 mangsa daripada 78 keluarga.
Menurut Shahidan proses pemindahan mangsa banjir kini berjalan lancar dengan bantuan penggunaan pelbagai aset pasukan keselamatan.
Beliau juga meminta supaya penduduk yang tinggal berhampiran sungai agar segera berpindah jika paras air mula meningkat bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.
Katanya beliau mengalu-alukan bantuan daripada mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk mangsa banjir.
Sementara itu, banjir dilaporkan kian buruk di Terengganu dan Kelantan dengan menyaksikan jumlah mangsa di kedua-dua negeri itu yang dipindahkan ke PPS meningkat petang semalam berbanding sebelah paginya.
Setakat 4 petang semalam, di Terengganu sejumlah 4,781 orang ditempatkan di 41 PPS manakala di Kelantan seramai 3,033 orang ditempatkan di 52 PPS.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 28 2017
Mangsa banjir Asmah Yusoff, 50, (kanan) dibantu anaknya Mohd Azmi Jusoh, 30, membersih lumpur pada rumah mereka akibat banjir malam tadi di Kampung Kerbau Menyusup, pada Selasa. - Foto BERNAMA
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
TEMCO Amanjaya: Kawalan lebih ketat di Zon Melor hingga 27 September - Polis
Kawat duri dan penghadang batu konkrit mula dipasang sejak malam tadi dengan bantuan beberapa agensi.
Borang pencalonan PRK Tanjung Piai sudah mula dijual
Enam borang pencalonan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai sudah mula dijual Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat hari ini sejak dibuka 8 Oktober lalu.
Kereta terbang: Super dron, revolusi pengangkutan udara bakal diperkenal
Projek super dron yang bakal diperkenal tahun ini akan digunakan untuk pemantauan sempadan oleh pihak berkuasa, pelancongan, bantuan kecemasan, perubatan dan perladangan.
PATI bina rumah di lokasi tersorok pinggir bandar
Hasil risikan dan maklumat, Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mendapati lebih 30 buah rumah dibina secara haram sejak enam bulan lalu.
JPAM tubuh APM Laut, tingkatkan keselamatan perairan
Penubuhan APM Laut yang bertujuan meningkatkan tahap keselamatan di perairan negara daripada jenayah penyeludupan dan lanun.
Kapal terbakar: Seorang kelasi maut, lima cedera
Menurut sumber, kejadian jam 10.45 malam itu dipercayai berlaku akibat letupan gas di bahagian enjin kapal terbabit.
Mayat lelaki hampir reput ditemui terdampar di Pantai Dungun
Hasil siasatan awal mendapati mayat berkenaan adalah rakyat tempatan berdasarkan terdapat kesan suntikan BCG pada bahu mangsa.
Sarawak: Satu lagi pusat pemindahan banjir dibuka di Serian
Pusat Pemindahan banjir yang baru dibuka di Gereja Sacred Heart kira-kira 50km dari Kuching ketika ini menempatkan 51 mangsa daripada 14 keluarga.
Banjir kilat di bandaraya Kuching pulih sebelah petang
Kebanyakan tempat yang dilanda banjir kilat sekitar bandaraya ini pagi ini sudah pulih, manakala jumlah mangsa di pusat pemindahan banjir di daerah Serian terus berkurangan petang ini.
Akibat hujan lebat, pusat bandar raya Kuching dinaiki air
Pihak bomba turut menerima tidak kurang 17 panggilan kecemasan tiap sejam mengenai banjir sejak pukul 6 pagi ini.