awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasukan mencari temui stokin dipercayai milik murid Orang Asli yang hilang

Bernama
Bernama
01/09/2015
10:57 MYT
Pasukan mencari temui stokin dipercayai milik murid Orang Asli yang hilang
Gerakan mencari murid terbabit agak sukar kerana tidak boleh menggunakan kenderaan kerana laluan berbukit dan terpaksa berjalan secara berkumpulan. - Gambar fail
Stokin dipercayai milik salah seorang daripada tujuh murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Tohoi di sini, yang hilang sejak 10 hari lepas, ditemui oleh pasukan mencari hari ini.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt Saiful Bahri Abdullah berkata sehelai stokin berwarna putih itu dijumpai pasukan mencari kira-kira 11.30 pagi di kawasan hutan, lebih sejam berjalan dari SK Pos Tohoi.
"Bahagian tapak stokin yang ditemui itu berwarna hitam dipercayai mereka berjalan hanya memakai stokin sebelum membuangnya untuk meneruskan perjalanan di hutan itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Saiful Bahri berkata penemuan stokin berkenaan memberi petunjuk baharu untuk pasukan mencari menjejaki laluan tujuh murid terbabit yang mungkin tersesat dalam kawasan hutan tersebut.
Dalam kejadian 23 Ogos lalu, tujuh murid Orang Asli iaitu enam perempuan dan seorang lelaki berusia antara 7 dan 11 tahun dari SK Pos Tohoi bertindak melarikan diri dari asrama sekolah kerana takut dikenakan tindakan oleh guru selepas mereka dikesan mandi di sungai tanpa kebenaran.
Saiful Bahri yang juga komander operasi mencari itu berkata operasi mencari tujuh murid berkenaan akan dipertingkatkan sehingga mereka ditemui.
Beliau berkata operasi mencari itu membabitkan 65 anggota polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan Jabatan Sukarelawan Malaysia.
Katanya, gerakan mencari murid terbabit agak sukar kerana tidak boleh menggunakan kenderaan kerana laluan berbukit dan terpaksa berjalan secara berkumpulan.
Topic Berkaitan
#bomba
#hilang
#JPAM
#murid
#Orang Asli
#stokin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan