Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bersama Japan Coast Guard (JCG) menjalin kerjasama dan berkongsi kemahiran sempena kursus latihan penyelam penyelamat di Pulau Tioman, Pahang pada Isnin.

Seramai 24 anggota bersama 15 penyelam daripada Maritim Malaysia, 8 daripada JCG dan seorang daripada India Coast Guard (ICG).

Silibus latihan bermula di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS), Kuantan dan berakhir di Pulau Tioman ini dilatih mengikut asas latihan seperti peringkat teori, amali kolam renang serta ke fasa di laut.

Latihan penyelam penyelamat ini juga bertujuan untuk mempertingkat serta memperkemaskan kemahiran dalam bidang mencari dan menyelamat maritim (MSAR).

Latihan bersama JCG membuka peluang kerjasama teknikal dan perkongsian kemahiran. - Astro AWANI

Pulau Tioman dipilih sebagai lokasi latihan kerana lokasi yang strategik dari segi bantuan dan kemudahan yang diberikan daripada kapal Maritim Malaysia, KM Pekan kepada pelatih dan jurulatih untuk melakukan kursus latihan ini.

Kerjasama antara JCG ini juga akan diteruskan dari semasa ke semasa berikutan persetujuan baik antara kedua-dua belah pihak.

Pihak JCG jugak ingin mengangkat latihan ini sebagai kokurikulum untuk Maritim Malaysia pada masa akan datang selari dengan sasaran untuk menjadikan AMSAS sebagai pusat latihan maritim Center of Excellent bertaraf dunia.