Pemimpin politik di Selangor perlu patuh terhadap garis panduan ditetapkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung penganjuran majlis di masjid dan surau bagi menjaga kesucian rumah ibadat orang Islam itu.
Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata garis panduan itu perlu dipatuhi oleh semua pemimpin politik beragama Islam dan bukan Islam sebagai menghormati fungsi utama masjid dan surau sebagai tempat beribadah serta menyatupadukan umat Islam.
"Sebarang majlis anjuran wakil rakyat boleh dilakukan di masjid dan surau tetapi biarlah ia dilakukan di perkarangan kawasan berkenaan sahaja, bukan di ruang solat.
"Berhubung isu tindakan Anggota Parlimen Subang, R. Sivarasa di sebuah masjid di Subang minggu lepas, saya telah mengadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam bagi menjelaskan keadaan yang berlaku," katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.
Sivarasa didakwa mencemarkan kesucian Masjid An Nur Kampung Melayu Subang dekat sini, apabila memberi ceramah berkaitan politik di masjid itu, Rabu lalu.
Wakil rakyat dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bagaimanapun menafikan beliau memberi ceramah di masjid berkenaan, sebaliknya menyatakan hanya menyampaikan ucapan ringkas mengenai komitmen kerajaan Selangor untuk terus membimbing institusi surau dan masjid di negeri berkenaan.
Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR, berkata Sivarasa juga ada menemui beliau bagi menjelaskan keadaan yang berlaku, namun, menteri besar itu enggan memberitahu butir penjelasan berkenaan.
Mohamed Azmin turut menjelaskan, Sivarasa bukan mewakili beliau di majlis berkenaan tetapi ia adalah majlis anjuran pejabat anggota Parlimen itu sendiri.
Semalam, Pengarah JAIS Datuk Haris Kasim dilaporkan sebagai berkata Sultan Sharafuddin murka dan dukacita terhadap tindakan anggota Parlimen itu yang didakwa memberi ceramah berkaitan politik di masjid berkenaan.
Menurut Haris, perkara itu dimaklumkan kepadanya secara peribadi oleh baginda sendiri yang turut menitahkan supaya JAIS mengambil tindakan segera terhadap nazir serta pihak penganjur.
Beberapa gambar kehadiran Sivarasa ke masjid berkenaan turut tersebar sehingga menimbulkan perasaan tidak puas hati pelbagai pihak.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 31 2017
Mohamed Azmin berkata Sivarasa ada menemui beliau bagi menjelaskan keadaan yang berlaku, namun, menteri besar itu enggan memberitahu butir penjelasan berkenaan. - Gambar fail
Polis giat kesan tiga lelaki bakar anak kucing di Kajang
Perbuatan berkenaan dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi berkenaan.
Insiden tembakan KLIA: Suspek dituduh di Mahkamah Kota Bharu hari ini
Suspek berusia 38 tahun itu akan dibawa ke Mahkamah Sepang selepas pertuduhan.
Nahas helikopter Lumut: Sultan Pahang titah masjid laksanakan solat jenazah ghaib
Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan rasa sedih dan dukacita dengan tragedi itu yang mengorbankan 10 anggota TLDM.
Harimau Muda tutup kempen di Qatar tanpa sebarang kemenangan
Harimau Muda tamatkan kempen di tangga tercorot kumpulan tanpa sebarang mata susulan tewas 0-2 masing-masing di tangan Uzbekistan dan Vietnam dalam dua aksi pertama.
[LAPOR LANGSUNG] Negara berdukacita, nahas udara TLDM Lumut terburuk libatkan helikopter
Kedua-dua helikopter sedang menjalani raptai buat kali ketiga sempena sambutan Hari Terbuka Armada TLDM yang dijangka berlangsung Sabtu ini.
Qatar masih komited sebagai perantara dalam rundingan gencatan senjata di Gaza
Qatar masih komited untuk menjadi orang tengah antara Hamas dan Israel untuk mencapai satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza.
Negara berdukacita, nahas udara TLDM Lumut terburuk libatkan helikopter
TLDM mengesahkan 10 anggotanya terkorban melibatkan tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan tiga kru Fennec TLDM.
Nahas helikopter Lumut: 'Amirulfaris orang yang baik, orang baik selalu pergi dulu'
Mohamad Amirulfaris sangat menjaga kebajikan ibu bapanya dan seorang yang sangat peramah dengan saudara-mara.
200 hari menyerang Gaza, Israel rancang serang Rafah yang bakal memburukkan keadaan
Sejak Oktober tahun lepas, tentera Israel telah membunuh 34,183 warga Palestin dan mencederakan lebih 77,000 yang lain.
Nahas helikopter Lumut : “Anak saya wira negara” - Bapa
Mohamad Borak reda dengan apa yang berlaku kerana tragedi sebegini adalah resam sebagai pejuang negara.
Patuh garis panduan JAIS berhubung majlis di masjid, surau - MB
Garis panduan itu perlu dipatuhi oleh semua pemimpin politik beragama Islam dan bukan Islam sebagai menghormati fungsi utama masjid dan surau sebagai tempat beribadah serta menyatupadukan umat Islam.