awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran besar landa tapak kediaman menteri propaganda Nazi di Berlin
MOTAC, MOF bincang keperluan jaminan insurans untuk ejen pelancongan - Tiong
Pastikan setiap projek dilaksana segera, beri kesan kepada komuniti setempat - Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM ambil tindakan, enam individu gagal patuhi SOP kuarantin di rumah

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
01/08/2020
06:38 MYT
PDRM ambil tindakan, enam individu gagal patuhi SOP kuarantin di rumah
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PDRM dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan sentiasa membuat pemeriksaan dan pemantauan terhadap individu-individu terbabit bagi memastikan SOP dipatuhi. - Gambar BERNAMA
Dari 27 Julai sehingga 31 Julai 2020, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil tindakan terhadap enam individu kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kuarantin di rumah yang ditetapkan.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PDRM dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan sentiasa membuat pemeriksaan dan pemantauan terhadap individu-individu terbabit bagi memastikan SOP dipatuhi.
Ismail Sabri memaklumkan pada 31 Julai sahaja, sebanyak 2,271 pemeriksaan dilakukan terhadap individu yang sedang menjalankan kuarantin wajib 14 hari di kediaman masing-masing.
“Sejak 24 Julai sehingga 31 Julai 2020 pula, seramai 3,384 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan kesemua telah ditempatkan di 14 Hotel dan 5 Institut Latihan Awam (ILA).
“Daripada jumlah itu, seramai 13 individu telah dihantar ke hospital untuk rawatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Tambahnya, mereka telah pulang dari 23 negara dan antanya ialah Filipina, Thailand, Indonesia, Kemboja, Singapura, Vietnam, Brunei, Qatar, Pakistan, Arab Saudi, Hong Kong, India, UAE dan Jepun.
Kerajaan pada 21 Julai lepas memutuskan bahawa tiada lagi kuarantin di rumah bagi rakyat Malaysia dan warga asing yang tiba di negara ini mulai 24 Julai.
Sebaliknya, individu-individu terbabit akan ditempatkan di stesen-stesen kuarantin yang ditetapkan oleh kerajaan.
Ismail Sabri berkata, keputusan tersebut dibuat selepas kerajaan mendapati terdapat individu yang melanggar SOP dan peraturan kuarantin wajib di rumah.
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#Brunei
#Hong Kong
#Hospital
#hotel
#India
#Indonesia
#ismail sabri yaakob
#Kementerian Kesihatan
#kerajaan
#kesihatan
#KKM
#operasi
#Pakistan
#PDRM
#polis
#Polis Diraja Malaysia
#Qatar
#rakyat
#rakyat Malaysia
#Singapura
#SOP
#Thailand
#UAE
#Vietnam
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan