awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM buka kertas siasatan terhadap anak Presiden UMNO

Astro Awani
Astro Awani
25/04/2020
12:03 MYT
PDRM buka kertas siasatan terhadap anak Presiden UMNO
Datuk Huzir Mohamed, memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 3 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (No.3) 2020. - Foto BERNAMA
Pihak polis membuka satu kertas siasatan berhubung tindakan anak Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, iaitu Datuk Nurul Hidayah yang dipercayai pelanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Turut disiasat suami Nurul Hidayah, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 3 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (No.3) 2020.
Menurut polis, ia kerana perbuatan cuai yang mungkin merebakkan jangkitan atau apa-apa yang berbahaya kepada nyawa dan melakukan pergerakan tanpa kebenaran.
Nurul Hidayah sebelum ini memuat naik gambar di Instagram dipercayai memaparkan perbuatan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Gambar tersebut memaparkan beliau dan suami berjumpa dengan Menteri Hal Ehwal Agama dan Timbalan Menteri Alam Sekitar.
Tegasnya tiada siapa yang boleh dikecualikan daripada tindakan undang-undang ke atas sebarang pelanggaran berkaitan pelaksanaan PKP.
Topic Berkaitan
#Bukit Aman
#Nurul Hidayah
#PDRM
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#polis
#UMNO
#undang-undang
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan