awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar pulang naik ETS3 ke ibu negara usai lawatan santai ke Johor
[KOLUMNIS] Rakyat Sudan mangsa keadaan
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM keluar waran tahan Muhd Riduan - KPN

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
29/04/2016
08:16 MYT
PDRM keluar waran tahan Muhd Riduan - KPN
KHALID: Sebelum ini polis mengambil pendirian untuk tidak mengambil sebarang tindakan selepas berlakunya percanggahan keputusan mahkamah. - Gambar fail
Polis akan mengeluarkan waran tangkap kepada mualaf, Muhd Riduan Abdullah, selepas beliau ingkar dengan perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur supaya menyerahkan anak bongsunya kepada bekas isterinya.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata sebelum ini polis mengambil pendirian untuk tidak mengambil sebarang tindakan selepas berlakunya percanggahan keputusan mahkamah.
"Sebelum ini memang mengambil sikap berdiri di tengah-tengah kerana perintah dua mahkamah yang sama taraf bercanggah. Mahkamah Persekutuan merupakan mahkamah tertinggi dalam sistem keadilan di negara kita dan polis akan mematuhinya.
"Kita akan melaksanakan waran tangkap terhadap orang yang dikehendaki," katanya pada majlis PDRM bersama rakyat di Masjid Darul Ibadah, Batu Kawa di sini hari ini.
Mahkamah Persekutuan hari ini mengarahkan Khalid menahan Muhd Riduan atau nama asalnya K Patmanathan kerana mengingkari keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh pada 29 September 2009 supaya menyerahkan anak bongsunya, Prasana Diksa, 8, kepada ibunya, Indira Gandhi.
Topic Berkaitan
#IGP
#Ketua Polis Negara
#KPN
#Muhd Riduan Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan