awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM pantau 56 kumpulan ajaran sesat berpotensi ancam keselamatan

Bernama
Bernama
16/12/2015
06:40 MYT
PDRM pantau 56 kumpulan ajaran sesat berpotensi ancam keselamatan
MASIR: Tindakan-tindakan yang bersesuaian diambil dari semasa ke semasa untuk tangani kegiatan ajaran sesat. - Gambar fail
Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama pihak berkuasa agama sedang memantau 56 kumpulan ajaran sesat yang boleh mendatangkan ancaman keselamatan dan menggugat ketenteraman awam, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Masir Kujat berkata sekiranya terdapat bukti-bukti bahawa kumpulan terbabit terlibat dalam aktiviti berbentuk militan dan pengganas seperti mula mengangkat senjata, tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat akan diambil mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.
Katanya ini termasuk Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) 2012, Akta Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 dan Kanun Keseksaan.
"Tindakan-tindakan yang bersesuaian dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan seperti Jabatan Pendaftaran Pertubuhan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan pihak berkuasa tempatan telahpun diambil dari semasa ke semasa untuk menangani kegiatan ajaran sesat sebelum ia menjadi semakin parah," katanya dalam sesi soal jawab di sini.
Beliau menjawab soalan Senator Datuk Megat Zulkarnain Omardin yang ingin tahu setakat mana dakwaan penyelewengan ajaran sesat boleh bertukar menjadi ancaman militan yang berupaya menggugat keselamatan negara.
Masir berkata PDRM tidak mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada sesuatu ajaran itu sesat atau tidak kerana ia terletak di bawah bidang kuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan pihak berkuasa agama di negeri-negeri.
Katanya PDRM melakukan penilaian tahap ancaman kumpulan-kumpulan ajaran sesat sama ada mereka berpotensi mengancam kenteraman awam ataupun tidak.
Beliau menjelaskan, kumpulan ajaran sesat kebiasaannya bermula dengan penekanan terhadap aktiviti pengisian amalan keagamaan dan kerohanian terhadap anggotanya dan mula berubah selepas meraih sokongan dan pengaruh.
"Ketaksuban mereka mula mempraktikkan konsep serta semangat jihad serta syahid yang terpesong, sebagai contoh menyerang atau memusnah tempat ibadah agama lain, mengakui mereka adalah tentera Allah dan mengkafir serta menghalalkan darah sesama Islam untuk dibunuh," katanya.
Topic Berkaitan
#masir kujat
#militan
#PDRM
#pengganas
#polis
#pota
#SOSMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan