Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun hari ini berkata pihaknya tidak menolak pelaksanaan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) tetapi akan tegas mempertahankan hak anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagaimana termaktub dalam perlembagaan.
Beliau berkata sekiranya kerajaan ingin melaksanakan IPCMC, ia (kerajaan) perlu memastikan polis mempunyai hak seperti mana dalam perlembagaan, ketika perbicaraan.
"Jika ia (hak polis) dibenarkan, barulah ia (IPCMC) boleh dilaksanakan seperti yang dirancang dalam Manifesto Pakatan Harapan ketika pilihan raya umum lepas," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan Agung Persatuan Pegawai Kanan dan Persatuan Pegawai Rendah PDRM, di sini hari ini.
"Kita telah maklumkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kerajaan mengenai perkara ini untuk pertimbangan mereka," katanya.
IPCMC adalah badan pengawasan polis yang pertama kali dicadangkan oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja Untuk Menambah Baik Pasukan Polis pada 2005, yang akan berfungsi sebagai organisasi pengawasan bebas dan luaran untuk menyiasat aduan terhadap anggota polis.
Mengenai tuntutan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pegawai dan anggota, Mohamad Fuzi berkata keputusannya itu bukanlah bermaksud sengaja mengetepikan bahasa Malaysia sebaliknya ia adalah penambahbaikan kerana urusan rasmi termasuk surat-menyurat masih mengekalkan Bahasa Kebangsaan.
"Kebanyakan pegawai kita akan menghadiri kursus di luar negara, jadi adalah wajar mereka menghadiri kursus bahasa Inggeris sebagaimana yang disarankan kerajaan dan ia adalah wajar untuk menambah baik pasukan PDRM," kata beliau.
Sementara itu Mohamad Fuzi berkata PDRM menghadapi kekangan kewangan untuk menjalankan tugas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Selangor, baru-baru ini dan terpaksa menggunakan peruntukan sedia ada.
Katanya, pihaknya menjangka bakal menghadapi situasi serupa bagi dua lagi PRK, iaitu masing-masing di DUN Balakong dan Sri Setia, Selangor yang akan berlangsung serentak. SPR menetapkan 18 Ogos ini sebagai hari penamaan calon dan 8 Sept sebagai hari pengundian.
Mohamad Fuzi berkata kekangan itu mungkin sedikit-sebanyak menjejaskan perancangan operasi PDRM namun anggotanya tetap akan menjalankan tugas seperti biasa demi keselamatan negara.
Antara masalah yang diajukan pada persidangan itu ialah keadaan anggota polis yang terpaksa berkhidmat di balai yang masih beroperasi dalam kontena dan rumah kedai serta kemudahan pejabat yang semakin uzur.
Pada majlis itu juga Mohamad Fuzi menyampaikan anugerah Pingat Jasa Pahlawan Negara kepada 131 orang pegawai dan anggota polis dari seluruh negara yang telah berkhidmat lebih 30 tahun serta pernah berdepan ancaman pengganas komunis.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 15 2018
MOHAMAD FUZI: Jika ia (hak polis) dibenarkan, barulah ia (IPCMC) boleh dilaksanakan seperti yang dirancang dalam Manifesto Pakatan Harapan.
Beli kondo mewah: Isa Samad, Mohd Emir diperintah bayar RM3.31 juta kepada FGV
Mahkamah Tinggi memerintahkan bekas Mohd Isa dan bekas Mohd Emir membayar lebih RM3.31 juta kepada syarikat itu berhubung pembelian dua unit kondominium mewah di ibu negara.
AWANI Ringkas: Kandungan mudarat di media sosial meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Xiaomi lancar kereta elektrik Xiaomi SU7, harga bermula RM141,500
Xiaomi semalam secara rasminya telah melancarkan kereta elektrik mereka yang pertama dinamakan Xiaomi SU7 untuk pasaran China.
X akan tawar ciri premium percuma jika ada lebih 2,500 pengikut disahkan
ELON Musk memaklumkan perubahan pada penawaran ciri-ciri X kepada semua akaun.
'Tulisan jawi tiada kaitan Jelajah Perikatan Nasional' - MUDA Kelantan
MUDA Kelantan menegaskan tulisan jawi tertera pada sepanduknya adalah logo rasmi baharu cawangan itu, dan tiada kaitan dengan program Jelajah Perikatan Nasional (PN).
Ops Lebih Muatan: JPJ keluar 126 notis saman, 13 kenderaan barangan dikenakan tindakan
Sebanyak 126 notis saman dikeluarkan JPJ Pulau Pinang terhadap pemandu kenderaan barangan menerusi Ops Khas Lebih Muatan di sekitar negeri ini.
AWANI Ringkas: Bas terbalik di Lebuh Raya Karak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Seri Rahmat, Batu Gajah pada jam 10 hingga 12 malam, Februari lalu.
Piala Uber: Pearly ambil sudut positif jika tidak ke Chengdu
Pearly Tan tidak berasa kecil hati sekiranya beliau dan pasangan M. Thinaah, tidak disenaraikan ke skuad Piala Uber 2024 di Chengdu, China.
Bubur Lambuk Ayam Belanda hidangan istimewa di Kampung Parit Sikom
Istimewa Ramadan 2024, penduduk kampung Parit Sikom, Pontian, Johor menikmati hidangan istimewa, Bubur Lambuk Ayam Belanda, yang diedarkan sebanyak 500 pek .
PDRM tidak tolak IPCMC tapi mahu hak polis dalam perlembagaan dikekal - Fuzi
Jika kerajaan ingin melaksanakan IPCMC, kerajaan perlu -astikan polis mempunyai hak seperti mana dalam perlembagaan, ketika perbicaraan.