awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemotong rumput rogol adik ipar kekal dipenjara 28 tahun, 24 sebatan
Indonesia rancang bangun jana kuasa nuklear secara berperingkat
PNB nilai tawaran am sukarela Sunway ke atas IJM berdasarkan pertimbangan komersial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM tingkatkan keselamatan untuk Sidang Kemuncak ASEAN di KL

Bernama
Bernama
20/11/2015
00:45 MYT
PDRM tingkatkan keselamatan untuk Sidang Kemuncak ASEAN di KL
KHALID: Pemeriksaan keselamatan di semua pintu masuk dan keluar Malaysia telah ditingkatkan. - Gambar fail
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah meningkatkan tahap keselamatan sedia ada secara menyeluruh untuk Sidang Kemuncak ASEAN dan Sidang Kemuncak Berkaitan di sini.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata keputusan itu dibuat berikutan beberapa serangan pengganas di Perancis, Mesir, Lubnan dan Filipina.
"Pemeriksaan keselamatan di semua pintu masuk dan keluar Malaysia telah ditingkatkan.
"Selain itu, seperti yang diumumkan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain, anggota tentera turut serta dalam operasi bersama bagi memastikan tahap keselamatan maksimum ketika Sidang Kemuncak ASEAN dan Sidang Kemuncak Berkaitan," katanya dalam kenyataan malam Khamis.
Beliau berkata terdapat laporan terhadap ancaman pengganas di Malaysia, namun ia masih belum dapat disahkan.
"Pihak keselamatan mengambil semua langkah berjaga-jaga dan tiada ruang untuk mengambil mudah. Tiada keutamaan lain selain keselamatan rakyat Malaysia dan tetamu kita," katanya.
Khalid berkata keganasan dan tindakan melampau tiada tempat di negara ini.
"Kami tidak akan berhenti memburu dan menangani sesiapa sahaja yang mahu menggugat keamanan dan kestabilan negara ini," katanya.
Topic Berkaitan
#ASEAN
#Khalid Abu Bakar
#PDRM
#polis
#sidang kemuncak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan