MALAYSIA
PDRM tubuh jawatankuasa bantu RCI siasat penyeludupan manusia di Wang Kelian

Polis akan turut memanggil pegawai dan anggota polis yang pernah terlibat dengan penugasan dan siasatan berkaitan kes tersebut.
Polis membentuk satu jawatankuasa bagi membantu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) menyiasat penyeludupan manusia di Wang Kelian, Perlis.
Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun proses penubuhan RCI itu masih berjalan untuk mengetahui individu yang akan hadir bagi membantu siasatan kes itu.
Beliau menjelaskan pihaknya akan turut memanggil pegawai dan anggota polis yang pernah terlibat dengan penugasan dan siasatan berkaitan kes tersebut.
"Seperti mana saya sebut beberapa bulan lalu kita mengalu-alukan penubuhan RCI ini. Jadi para pegawai yang terlibat dengan penugasan siasatan berkaitan kes ini akan dipanggil.
"Kita telah bentuk satu jawatankuasa untuk kita membuat persiapan bagi menghadiri dan memberi apa jua keperluan dan proses RCI ini," katanya.
Pada Ahad lalu, kerajaan bersetuju menubuhkan RCI bagi menyiasat isu pemerdagangan manusia dan kubur di kawasan berbukit Wang Kelian, lebih tiga tahun lepas.
Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, senarai individu yang akan menganggotai suruhanjaya itu telah pun ada dan akan diserahkan untuk mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Pada Mei 2015, polis mengumumkan penemuan kem pemerdagangan manusia dan kubur di kawasan berbukit sempadan negara di Wang Kelian.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami