Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail hari ini dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen daripada dua pertuduhan pecah amanah membabitkan RM49.7 juta dan dua pertuduhan berkaitan menggunakan dana syarikat.
Hakim Norsharidah Awang membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, supaya anak guamnya dilepaskan dan dibebaskan mengikut Seksyen 254 Kanun Prosedur Jenayah.
Timbalan Pendakwa Raya Syed Faisal Syed Amir tidak membantah permohonan itu.
Mohamad Salleh yang berada dalam kandang tertuduh meraup mukanya tanda syukur selepas mahkamah membebaskannya daripada keempat-empat pertuduhan.
Muhammad Shafee turut mengucapkan terima kasih kepada pihak pendakwaan yang mempertimbangkan permohonan anak guamnya dan kepada mahkamah kerana memberi laluan dan ruang kepada anak guamnya.
Isteri Mohamad Salleh, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang juga Ketua Pergerakan Wanita UMNO dilihat memeluk suaminya selepas selesai prosiding.
'Tergantung di awang-awangan'
Terdahulu, Syed Faisal memaklumkan kepada mahkamah bahawa Jabatan Peguam Negara membuat keputusan supaya Mohamad Salleh dilepas tanpa dibebaskan daripada pertuduhan itu selepas meneliti surat representasi yang dikemukakan peguam pada 4 November lepas.
Muhammad Shafee bagaimanapun berhujah anak guamnya sepatutnya dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan itu dan bukan dilepas tanpa dibebaskan seperti yang diputuskan oleh jabatan tersebut.
"Kami berharap bagi perintah dibebaskan dan bukannya dilepas tanpa dibebaskan kerana semua pertuduhan terhadap beliau (Mohamad Salleh) adalah tergantung di awang-awangan," katanya.
Perbicaraan kes itu bermula pada 23 Jun 2014 dengan saksi pertama pihak pendakwaan memberi keterangan, bagaimanapun perbicaraan ditangguhkan selepas Mohamad Salleh mengemukakan permohonan bagi membatalkan dua pertuduhan pecah amanah itu.
Pada 28 Ogos lepas, Mahkamah Rayuan memerintahkan kes Mohamad Salleh diteruskan dengan perbicaraan di Mahkamah Sesyen selepas menolak rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Sesyen yang menolak permohonannya untuk membatalkan pertuduhan pecah amanah itu.
Pertuduhan
Pada 12 Mac 2012, Mohamad Salleh, 66, yang juga pengarah NFCorp mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pecah amanah dengan menyalahgunakan wang RM9,758,140 melalui empat keping cek NFCorp untuk membiayai sebahagian pembelian dua unit kondominium di kompleks One Menerung di Kuala Lumpur.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara 1 dan 4 Dis, 2009 di CIMB Islamic Bank Bhd, Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail.
Mohamad Salleh juga dituduh melakukan kesalahan sama dengan memindahkan wang RM40 juta melalui satu cek, antara 6 Mei dan 16 Nov, 2009, ke dalam akaun syarikat National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd yang beliau dan seorang daripada anaknya adalah pemilik syarikat berkenaan.
Kedua-dua pertuduhan tersebut mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara maksimum sehingga 20 tahun dan sebatan serta denda jika sabit kesalahan.
Mohamad Salleh juga menghadapi dua lagi pertuduhan berkaitan menggunakan dana syarikat tanpa kelulusan mesyuarat agung tahunan syarikat untuk membuat sebahagian daripada pembayaran bagi pembelian unit-unit kondominium.
Kedua-dua pertuduhan mengikut Seksyen 132(2)(a) Akta Syarikat 1965, memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda sehingga RM30,000.
Muhammad Shafee ketika ditemui pemberita berkata permohonan pihak pendakwaan supaya Mohamad Salleh dilepas tanpa dibebaskan tidak sesuai kerana perbicaraan kes itu telah bermula.
Mohamad Salleh juga melahirkan rasa kesyukuran atas keputusan mahkamah hari ini.
"Syukur kepada Allah yang merahmati dengan keadilan ini. Allah amat mengasihani," katanya.
Bernama
Tue Nov 24 2015
Mohamad Salleh Ismail (kanan) dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen daripada dua pertuduhan pecah amanah membabitkan RM49.7 juta dan dua pertuduhan berkaitan menggunakan dana syarikat. - Foto Bernama
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
NFCorp: 12 tahun difitnah, akhirnya kebenaran ditegakkan - Mohamad Salleh
Mohamad Salleh bersyukur selepas mahkamah melepas dan membebaskan beliau dan tiga anaknya daripada semua pertuduhan berhubung projek Pusat Fidlot Kebangsaan.
Kes NFCorp: Mahkamah Tinggi lepas dan bebas Mohamad Salleh, tiga anak
Hakim memutuskan NFCorp perlu mengembalikan sejumlah pinjaman yang tidak digunakan sebanyak RM33 juta kepada Kerajaan.
Mahkamah Rayuan tangguhkan keputusan rayuan saman NFCorp terhadap Public Bank
Penangguhan dibuat selepas peguam yang mewakili NFCorp, Mohamad Salleh dan tiga anak syarikat serta bank itu mengakhiri hujahan.
NFCorp: 'Saya yang rugi bukan kerajaan' - Mohamad Salleh
Mohamad Salleh, 74, berkata ini kerana wang NFCorp telah dirampas dan kerajaan menggantungkan projek tersebut.
Mahkamah Persekutuan tangguh keputusan rayuan Pengerusi Eksekutif NFCorp
Mahkamah Persekutuan menangguhkan keputusan rayuan Pengerusi Eksekutif NFCorp Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail dan syarikatnya dalam saman fitnah yang difailkan terhadap Rafizi Ramli.
Suami Shahrizat Jalil, 2 anak berdepan tuntutan saman Maybank Singapore
Maybank Singapore, yang juga merupakan plainitif memfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada 19 Julai lalu.
Kes rayuan BAFIA Rafizi dan Johari 15 Nov ini
Mahkamah Tinggi menetapkan 15 November depan untuk keputusan rayuan Rafizi Ramli dan Johari Mohamad terhadap sabitan dan hukuman mereka mengikut BAFIA, tahun lalu.
NFCorp, Mohamad Salleh gagal dalam saman terhadap Public Bank
Hakim Su dalam penghakimannya berkata kesemua plaintif gagal membuktikan kes itu terhadap defendan (Public Bank) berdasarkan imbangan kebarangkalian.
NFCorp akan lunas baki pinjaman tertunggak dalam 3 bulan - Pengerusi
NFCorp akan membayar balik baki tertunggak pinjaman kepada kerajaan, kata pengerusinya Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail.
Rafizi diperintah bayar ganti rugi RM200,000 kepada Mohamad Salleh
Rafizi Ramli diperintahkan membayar ganti rugi RM200,000 kepada Pengerusi Eksekutif NFCorp Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail dan syarikatnya.