Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan bekas ketua setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas enam pertuduhan pecah amanah melibatkan wang milik kerajaan Malaysia berjumlah RM6,636,065,000.
Najib dan Mohd Irwan, yang meminta untuk dibicarakan, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan bersama-sama di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azman Ahmad.
Mahkamah membenarkan Najib dan Mohd Irwan Serigar masing-masing membayar ikat jamin RM1 juta setiap seorang, dengan RM500,000 diselesaikan hari ini dan selebihnya dalam tempoh 10 hari dari hari ini.
Mereka juga diperintah untuk menyerahkan pasport antarabangsa atau diplomatik kepada mahkamah sehingga kes selesai.
Mahkamah membenarkan bayaran RM500,000 dibuat hari ini dan selebihnya perlu diselesaikan dalam tempoh 10 hari dari tarikh hari ini.
Bagi pertuduhan pertama, Najib dan Mohd Irwan Serigar didakwa bersama-sama sebagai seorang penjawat awam iaitu Menteri Kewangan dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan Malaysia.
Masing-masing dalam kapasiti tersebut telah diamanahkan dengan penguasaan ke atas harta sejumlah RM1.2 billion milik kerajaan Malaysia, didakwa telah melakukan pecah amanah jenayah ke atas harta berkenaan.
Mengikut pertuduhan kedua, Najib dan Mohd Irwan Serigar didakwa bersama-sama atas jawatan sama yang telah diamanahkan dengan harta sejumlah RM655 juta milik Kerajaan Malaysia, telah melakukan jenayah pecah amanah ke atas harta tersebut.
Bagi pertuduhan ketiga, mereka didakwa bersama-sama atas jawatan serupa melakukan pecah amanah ke atas sejumlah RM220 juta, iaitu peruntukan di bawah "Belanja Mengurus di bawah Maksud B11 Perkhidmatan Am Perbendaharaan, Aktiviti 021700 KL International Airport Berhad (KLIAB)", milik Kerajaan Malaysia.
Kedua-dua tertuduh juga didakwa bersama-sama atas jawatan sama melakukan pecah amanah sejumlah RM1.3 bilion, peruntukan di bawah "Maksud B11 Perkhidmatan Am Perbendaharaan, Aktiviti 020500 Subsidi Dan Bantuan Tunai", milik Kerajaan Malaysia.
Bagi pertuduhan kelima dan keenam, mereka didakwa bersama-sama atas jawatan serupa melakukan pecah amanah sejumlah CNY1,950,000,000 (bernilai RM1,261,065,000) dan RM2 bilion milik Kerajaan Malaysia.
Najib dan Mohd Irwan Serigar dituduh melakukan kesemua kesalahan itu di Kompleks Kementerian Kewangan, Putrajaya pada 21 Dis 2016 bagi pertuduhan pertama dan kedua, pada 3 Ogos 2017 pertuduhan ketiga, manakala pertuduhan keempat hingga keenam pada 10 Ogos 2017, 23 Ogos 2017 dan 18 Dis 2017.
Mereka didakwa mengikut seksyen 409 Kanun Keseksaan dibaca bersama seksyen 34 Kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Pihak pendakwaan diketuai Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram diikuti Kamal Bahrin Omar dan Ahmad Sazilee Abdul Khairi.
Najib diwakili barisan peguam yang diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah diikuti Harvinderjit Singh, Datuk Raj Krishnan, Farhan Read, Rahmat Hazlan, Muhamad Farhan Muhamad Shafee dan Syahirah Hanapiah
Sementara itu Mohd Irwan diwakili barisan peguam diketuai, Datuk K Kumaraendran, diikuti Dev Kumaraendran, Lavinia Kumaraendran, Datuk Geethan Ram Vincent dan Revin Kumar.
Mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula kes pada jam 3 petang, 29 November.
Wan Syamsul Amly, Dania Zainuddin
Thu Oct 25 2018
Najib dan Mohd Irwan Serigar didakwa bersama-sama atas jawatan sama yang telah diamanahkan dengan harta sejumlah RM655 juta milik Kerajaan Malaysia, telah melakukan pecah amanah jenayah ke atas harta tersebut. - Astro AWANI / SHAHIR OMAR
'Kekurangan maklumat mekanisme rasionalisasi subsidi antara punca sentimen pengguna lemah'
Kekurangan maklumat mengenai rasionalisasi subsidi dilihat antara penyebab mengapa sentimen perbelanjaan pengguna berkemungkinan kekal lemah selain inflasi yang tinggi.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan dengan kerjasama Watsons Malaysia kepada Women of Will (WOW) dan Perstuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pecah amanah: Najib, Irwan mengaku tidak bersalah atas enam pertuduhan
Mahkamah membenarkan Najib dan Mohd Irwan Serigar masing-masing membayar ikat jamin RM1 juta setiap seorang, dengan RM500,000 diselesaikan hari ini dan selebihnya dalam tempoh 10 hari dari hari ini.