awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pegawai kerajaan perlu berani kata 'tidak' - PM

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
25/11/2018
22:28 MYT
Pegawai kerajaan perlu berani kata 'tidak' - PM
Dr Mahathir berkata jika kerajaan pemerintah memberikan arahan yang menyalahi etika dan peraturan, pegawai PTD perlu memiliki inisiatif untuk memberikan nasihat. --fotoBERNAMA
Skop tugasan seorang pegawai tadbir diplomatik (PTD) adalah untuk mengikuti arahan yang diberikan oleh kerajaan pemerintah.
Namun itu tidak bermakna mereka hanya perlu menjadi pengikut tanpa mempersoalkan kewajaran sesuatu arahan atau tugasan.
Itu peringatan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu mereka yang berada dalam jawatan itu bijak membuat penilaian dan berani untuk mengatakan tidak, sekalipun berdepan risiko dikenakan hukuman.
"Ada masanya, jawapan tidak itu lebih baik. Lebih baik untuk berada di pihak yang benar.
"Kalau diberi arahan supaya mencuri, janganlah buat. Saya fikir ia berbaloi, sekalipun anda akan dihukum.
"Kalau buat juga, satu hari apabila kerajaan bertukar, anda akan berdepan masalah lebih besar," kata beliau ketika berucap dalam majlis makan malam bersama Persatuan Alumni PTD di sini, malam tadi.
Turut hadir, isteri beliau Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan presiden persatuan itu Tan Sri Sallehuddin Mohamed.
Tambah perdana menteri lagi, jika kerajaan pemerintah memberikan arahan yang menyalahi etika dan peraturan, pegawai PTD perlu memiliki inisiatif untuk memberikan nasihat, atau setidak-tidaknya, tidak mengikuti arahan tersebut.
Topic Berkaitan
#kerajaan
#pegawai kerajaan
#Pegawai Tadbir Diplomatik
#Perdana Menteri
#PM
#PTD
#Tun Dr Mahathir Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan