Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Pegawai positif COVID-19, Muhyiddin jalani kuarantin 14 hari

Pegawai positif COVID-19, Muhyiddin jalani kuarantin 14 hari
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, salah seorang pegawai yang menghadiri mesyuarat pasca Kabinet di pejabatnya telah disahkan positif COVID-19. - Foto Facebook Muhyiddin Yassin
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari bermula petang ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata salah seorang pegawai yang menghadiri mesyuarat pasca Kabinet di pejabatnya telah disahkan positif COVID-19.

“YAB Perdana Menteri telah mempengerusikan mesyuarat pasca-Kabinet di Pejabat Perdana Menteri pada hari Rabu, 20 Mei 2020. Seorang pegawai yang hadir pada mesyuarat tersebut telah disahkan positif COVID-19.

“YAB Perdana Menteri telah menjalani ujian saringan COVID-19 pagi tadi dan disahkan negatif.
“Walau bagaimanapun, menurut Perintah Pengawasan dan Pemerhatian bagi Kontak Covid-19 (Seksyen 15(1) Akta 342), YAB Perdana Menteri perlu menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari mulai petang ini,” memetik kenyataan itu.

Selain Muhyiddin, semua ahli mesyuarat tersebut juga telah diarahkan agar menjalani ujian saringan dan kuarantin di rumah masing-masing selama 14 hari bermula hari ini.
Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa setiap mesyuarat yang diadakan di Pejabat Perdana Menteri mengamalkan penjarakan sosial dan penjagaan kesihatan yang ketat pada setiap masa.

Justeru, Muhyiddin akan bertugas dari rumah sepanjang tempoh kuarantin tersebut. 


Tag: koronavirus, Muhyiddin Yassin, kesihatan, kabinet, Perdana Menteri, COVID19



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.