awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKR Kelantan kesan tiga projek sakit
Kerajaan teliti pinda akta tertentu perketat hukuman kes curi kabel - Saifuddin Nasution
Kes kebakaran terbuka di Melaka melonjak lima kali ganda
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pegawai tentera Malaysia dikhuatiri hilang, dihanyut banjir di AS

Mariah Ahmad
Mariah Ahmad
29/12/2015
14:49 MYT
Pegawai tentera Malaysia dikhuatiri hilang, dihanyut banjir di AS
Kapten Hasman Hussin (gambar) dikhuatiri hilang selepas kereta dinaiki bersama empat yang lain dihanyutkan banjir ketika mengharungi laluan di Pulaski Country, Missouri, Amerika Syarikat. - Foto Angkatan Tentera Malaysia
Seorang pegawai tentera darat Kapten Hasman Hussin dikhuatiri hilang selepas kereta dinaiki bersama empat yang lain dihanyutkan banjir ketika mengharungi laluan di Pulaski County, Missouri, Amerika Syarikat.
Markas TD Wisma Pertahanan dalam satu kenyataan berkata, Hasman berada di Amerika Syarikat bagi mengikuti Kursus Kerjaya Kapten Jurutera bermula 1 Oktober dan dijadualkan berakhir 15 April 2016.
Katanya, pada 28 Disember, jam 11.45 pagi (waktu tempatan), Timbalan Ketua Perwakilan di Malawakil Washington DC, Saiful Anuar mendapat maklumat daripada wakil Jabatan Negara Amerika Syarikat memaklumkan pegawai tersebut disyaki hilang.
Setakat ini, empat mayat rakannya telah ditemui, manakala Hasman masih belum ditemui.
Tambahnya, pihak Markas TD dan kedutaan Malaysia sedang mengesan kehilangan pegawai tersebut.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#banjir
#Hasman Hussin
#pegawai tentera darat hilang
#saiful anuar
#Wisma Pertahanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan