awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peguam Musa Aman nafi SPRM rampas dokumen

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
25/05/2018
07:07 MYT
Peguam Musa Aman nafi SPRM rampas dokumen
Tiada dokumen yang dirampas SPRM dari kediaman Musa Aman. - Gambar fail
Pihak Peguam Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Tan Sri Musa Aman, hari ini menafikan bahawa pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) telah merampas dokumen di kediamannya ketika membuat pemeriksaan pada 23 Mei lalu.
Peguam Zahir Shah yang mewakili Musa, menafikan perkara itu seperti yang telah dikeluarkan dalam sebuah portal berita hari ini yang mendakwa bahawa SPRM telah merampas beberapa dokumen dan fail di kediaman Pengerusi BN itu.
Katanya, walaupun pihak SPRM telah melakukan pemeriksaan ke kediaman mantan Ketua Menteri itu namun tidak ada dokumen ataupun fail yang dirampas.
“Pihak SPRM juga telah mengesahkan bahawa tidak ada dokumen mahupun fail yang dirampas ketika membuat pemeriksaan di kediaman beliau (Musa) pada hari tersebut,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan kepada media, di sini, hari ini.
Dalam pada itu Zahir juga berharap agar pihak media mendapatkan maklumat yang betul sebelum menerbitkannya bagi mengelakkan salah faham berlaku.
Topic Berkaitan
#berita
#dokumen
#Musa Aman
#peguam
#rampas
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan